Mod-Mod Operasi; Operasi Manual; Operasi Automatik; Perlindungan Tambahan Tanpa Air - Grundfos Hydro Multi-S Instrucciones De Instalación Y Funcionamiento

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 57

9. Mod-mod operasi

Mod operasi bagi setiap pam boleh dipilih dengan butang khusus
untuk "Operasi automatik", "Henti" dam "Operasi manual" seperti
yang dinyatakan dalam bahagian

9.1 Operasi manual

Operasi manual secara umumnya digunakan semasa
penyelidikan, ujian atau untuk tujuan penyelenggaraan dan
servis.
Untuk membolehkan operasi manual, tekan dan tahan butang
operasi manual.
Butang untuk operasi manual tiada kedudukan
Nota
tetap. Oleh itu, biarkan butang terus ditekan
semasa kitaran ujian.

9.2 Operasi automatik

Apabila mod operasi telah dipilih, pam akan beroperasi secara
automatik mengikut keperluan sistem, cth. tekanan ditetapkan
pada suis tekanan.
Apabila pili dibuka, air akan diambil daripada tangki
diafragma, jika dimuatkan, sehingga tangki kosong.
Apabila tekanan menurun kepada tekanan mula yang
pertama, pam yang pertama akan bermula.
Jika penggunaan masih meningkat, lebih banyak pam akan
masuk sehingga prestasi pam dalam operasi sepadan dengan
keperluan.
Apabila penggunaan air berkurangan, tekanan pelepasan
akan meningkat kepada tekanan henti pertama, suis tekanan
akan berhenti dan satu pam akan berhenti.
Jika penggunaan masih berkurangan, lebih banyak pam akan
keluar sehingga pam terakhir berhenti.

9.3 Perlindungan tambahan tanpa air

Hydro Multi-S menggabungkan perlindungan tambahan tanpa air
untuk melindungi pam daripada percubaan.
Perlindungan tambahan tanpa air telah diaktifkan oleh suis
tekanan atau suis level air tangki yang disambung pada bahagian
sedutan dan kemudian disambungkan kepada kabinet kawalan.
Setiap suis tekanan akan dikaitkan kepada hanya
satu pam dan tidak semestinya pam yang sama
Nota
apabila pam bertukar ganti selepas setiap
kitaran.
230
7. Panel
kawalan.

9.4 Operasi kecemasan

Amaran
Terminal dan kabel yang disambungkan sebelum
suis utama akan kekal dikuasakan walaupun suis
dalam kedudukan mati.
Operasi kecemasan hanya perlu digunakan
dalam kes kecemasan dan hanya untuk tempoh
masa yang singkat.
Amaran
Papan litar yang rosak haruslah sentiasa
digantikan dengan yang baru. Hubungi Grundfos
untuk papan litar yang baru.
Semua fungsi Hydro Multi-S telah dikawal oleh papan litar
elektronik di dalam kabinet kawalan. Jika papan litar rosak, ia
mampu untuk mengelakkan sistem berhenti. Untuk sistem
penggalak tiga fasa, ia mampu untuk memintas papan litar dan
mengendalikan sistem penggalak dengan menggunakan suis
tekanan sahaja.
Untuk membuat operasi kecemasan, ikut seperti berikut:
1. Tutup bekalan kuasa, dan buka kabinet kawalan.
2. Keluarkan penyambung kawalan daripada posisi asal, lihat
rajah 5, pos. A, dan masukkan penyambung dalam
kedudukan kecemasan, lihat rajah 5, pos. B.
3. Tutup kabinet kawalan, dan hidupkan bekalan kuasa.
B
A
Rajah 5. Papan litar elektronik

10. Fungsi

Hydro Multi-S menawarkan ciri-ciri yang berikut:
Kawalan automatik berperingkat bagi pam melalui dua atau
tiga suis tekanan.
Pertukaran pam automatik pada sebarang kitaran mula/henti.
Jika pam dalam status rosak, ia akan dikeluarkan daripada
operasi secara automatik.
Tetapan semula secara automatik apabila dalam status
perlindungan tanpa air.
Tetapan semula manual status beban lampau penyadungan.
Perlindungan pam dan sistem:
– Perlindungan litar pintas melalui fius.
– Perlindungan motor melalui geganti beban lampau terma.
– Perlindungan tambahan tanpa air dengan suis tekanan atau
suis level.
– Kelewatan permulaan di antara dua pam:
Mencegah permulaan serentak lebih daripada satu pam.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido