Dyson airblade Serie Guia Del Usuario página 75

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 41
GARIS PANDUAN AIR
Pengering tangan ini mempunyai pensijilan IP24.
Bersihkan menggunakan tangan sahaja. Jangan lakukan cucian bertekanan. Cucian bertekanan boleh menyebabkan
air terperangkap di dalam selongsong, dan dengan itu mewujudkan risiko kejutan elektrik dan akan membatalkan
jaminan anda.
PENYENGGARAAN PENAPIS
Periksa salur masuk udara dengan kerap untuk memastikan ia bebas daripada habuk dan bendasing. Mengelap injap
masuk dengan kain lembut sudah memadai untuk menyingkirkan habuk dan bendasing.
Sekiranya salur masuk udara tersumbat, anda mungkin perlu mencuci sekali lagi atau menukar penapis.
Jika diperlukan untuk persekitaran dengan kadar penggunaan tinggi, kit pengganti penapis Dyson menyediakan segala
kelengkapan yang anda perlukan untuk menukar penapis HEPA unit anda di tapak. Hubungi Talian Bantuan Dyson untuk
mendapatkan maklumat lanjut.
Pembersihan atau penggantian penapis untuk pengering tangan anda harus dijalankan dengan berhati-hati mengikut
arahan yang diberikan dalam kit penukaran penapis. Jika ragu-ragu, rujuk juruelektrik bertauliah atau hubungi Talian
Bantuan Dyson untuk mendapatkan sokongan.
SERVIS
Jika pengering tangan anda memerlukan servis, sila hubungi Talian Bantuan Dyson. Anda boleh juga melayari laman web
Dyson di www.dyson.com/airblade
MAKLUMAT PELUPUSAN
• Produk Dyson diperbuat daripada bahan boleh kitar semula gred tinggi. Sila lupuskan produk ini secara bertanggungjawab
dan kitar semula sekiranya boleh.
KEPRIHATINAN PELANGGAN DYSON
SILA MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIK PENGERING TANGAN DYSON
Untuk membantu kami memastikan anda menerima perkhidmatan yang segera dan cekap, sila daftarkan mesin anda di
www.dyson.com/airblade. Ini akan mendaftarkan jaminan anda, mengesahkan pemilikan mesin Dyson anda sekiranya
berlaku kehilangan insurans, dan membolehkan kami menghubungi anda jika perlu.
Anda memerlukan nombor siri yang boleh didapati pada plat penarafan pada dasar badan utama dan pada pelekat
maklumat di bahagian depan mesin.
Sila pastikan semua arahan dan panduan dalam panduan manual dan pemasangan ini dipatuhi, sekiranya tidak, jaminan
anda mungkin dibatalkan.
JAMINAN ANDA
Terma dan syarat jaminan 5 tahun Dyson
• Jika anda telah mendaftarkan unit anda dalam talian, jaminan anda akan bermula dari tarikh pembelian. Sila simpan
bukti pembelian anda. Jika anda tidak mempunyai bukti pembelian, jaminan anda akan bermula 90 hari selepas tarikh
pembuatan, mengikut rekod Dyson.
• Apabila unit ini dijual di luar wilayah UE, jaminan ini hanya sah jika unit dipasang dan digunakan di negara tempat unit
dijual.
APA YANG DILINDUNGI
Jaminan alat ganti 5 tahun
• Semua bahagian pengering tangan anda yang dikilang dijamin bagi kecacatan bahan dan mutu kerja asal apabila
digunakan berlandaskan manual dan panduan pemasangan pemilik bagi tempoh 5 tahun dari permulaan jaminan anda.
Jaminan upah kerja 1 tahun
• Dyson akan menjalankan semua pembaikan tanpa caj upah kerja selama setahun dari tempoh jaminan bermula. Selepas
itu, caj upah kerja standard akan dikenakan.
• Sila hubungi Talian Bantuan Dyson untuk maklumat lanjut:
• Mana-mana bahagian yang dikembalikan dan digantikan semula oleh Dyson akan menjadi hak milik Dyson.
• Penggantian mana-mana bahagian unit di bawah Jaminan tidak akan melanjutkan tempoh jaminan.
• Jaminan ini menyediakan faedah tambahan dan tidak akan menjejaskan apa-apa hak anda sebagai pengguna.
APA YANG TIDAK DILINDUNGI
Dyson tidak menjamin pembaikan atau penggantian produk akibat:
• Kerosakan yang tidak disengajakan, kemalangan, kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan atau penjagaan yang
cuai, penyalahgunaan secara tidak sengaja atau sengaja, pengabaian, vandalisme, operasi secara cuai atau pengendalian
unit yang tidak berlandaskan dengan manual operasi Dyson.
• Penggunaan bahagian yang tidak disambung atau dipasang mengikut arahan Dyson.
• Penggunaan bahagian dan aksesori yang bukan komponen tulen Dyson.
• Pemasangan yang tidak betul, atau pemasangan yang tidak mengikut arahan pemasangan yang dibekalkan oleh Dyson
dengan tepat (kecuali jika dipasang oleh Dyson).
• Pembaikan atau apa-apa perubahan yang dijalankan selain daripada arahan oleh Dyson.
• Kerosakan daripada sumber luar seperti transit, cuaca, gangguan bekalan elektrik atau lonjakan kuasa.
• Kerosakan haus dan lusuh biasa (cth. fius, dll.).
• Kerosakan yang disebabkan oleh pembersihan yang tidak selaras dengan arahan dalam manual ini: contohnya,
pembersihan dengan bahan kimia atau produk yang disenaraikan sebagai berbahaya kepada unit.
• Kerosakan yang disebabkan oleh kemasukan air kerana pembersihan atau rawatan yang dilarang dalam manual ini.
• Sebarang kerosakan elektrik, banjir atau kerosakan struktur, atau apa-apa kerugian perniagaan atau pendapatan akibat
kegagalan produk. Jika anda tidak pasti tentang apa yang dilindungi dalam jaminan anda, sila hubungi Dyson (butiran
pada halaman belakang).
MAKLUMAT PENTING PERLINDUNGAN DATA
Sewaktu mendaftarkan produk Dyson anda
• Anda perlu memberi kepada kami maklumat hubungan asas untuk mendaftar produk anda dan membolehkan kami
menyokong jaminan anda.
• Sewaktu anda mendaftar, anda akan diberi pilihan sama ada ingin menerima komunikasi daripada kami. Jika anda memilih
untuk menerima komunikasi daripada Dyson, kami akan menghantar butiran tawaran istimewa dan berita inovasi terbaru
kami.
• Kami tidak akan menyebarkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga dan hanya menggunakan maklumat yang
anda kongsi dengan kami sebagaimana yang ditakrifkan oleh dasar privasi yang boleh didapati di laman web kami: privacy.
dyson.com.
TH
การดู แ ลเครื ่ อ งเป่ า มื อ ของคุ ณ
วิ ธ ี ใ ช้ ง าน
• วางมื อ ของคุ ณ ไว้ ใ ต้ เ ครื ่ อ งเป่ า มื อ Dyson จากนั ้ น เครื ่ อ งจะท� า งานโดยอั ต โนมั ต ิ โดยสร้ า งม่ า นอากาศเพื ่ อ เป่ า น้ � า ออกจากมื อ ของคุ ณ
เพื ่ อ ผลลั พ ธ์ ท ี ่ ด ี ท ี ่ ส ุ ด ในระยะเวลาการเป่ า มื อ ให้ แ ห้ ง
• วางมื อ ให้ ร าบและขนานไปกั บ พื ้ น ผิ ว ของเครื ่ อ ง โดยให้ ห ่ า งจากใบพั ด ประมาณ 5 มม. ดึ ง มื อ ผ่ า นกระแสลมตั ้ ง แต่ ข ้ อ มื อ ไปถึ ง ปลายนิ ้ ว
• เลื ่ อ นมื อ ไปข้ า งหน้ า และถอยหลั ง ผ่ า นม่ า นอากาศอย่ า งช้ า ๆ ด้ ว ยความเร็ ว ประมาณ 2.5 วิ น าที ต ่ อ ข้ า ง โดยให้ ห งายและคว่ � า ฝ่ า มื อ ในแต่ ล ะครั ้ ง
• วางมื อ ให้ แ บนราบและปิ ด ช่ อ งว่ า งระหว่ า งนิ ้ ว และแนบนิ ้ ว หั ว แม่ ม ื อ ของคุ ณ ให้ ส นิ ท กั บ ฝ่ า มื อ ของคุ ณ เพื ่ อ ให้ แ น่ ใ จว่ า ฝ่ า มื อ ของคุ ณ ทั ้ ง หมดจะเลื ่ อ นผ่ า น
กระแสลมได้ อ ย่ า งทั ่ ว ถึ ง
การแก้ ไ ขปั ญ หา
เครื ่ อ งเป่ า มื อ ไม่ ท � า งาน
• ตรวจสอบฟิ ว ส์ / เบรกเกอร์ ต ั ด วงจรว่ า ยั ง ท� า งานได้ ด ี และมี ก ารเชื ่ อ มต่ อ กั บ แหล่ ง จ่ า ยไฟและท่ อ จ่ า ยน้ � า จะต้ อ งด� า เนิ น การโดยช่ า งไฟฟ้ า ที ่ ม ี ค ุ ณ สมบั ต ิ เ หมาะ
สม
• หากสามารถเปิ ด ปิ ด สวิ ต ช์ ไ ด้ อ ย่ า งปลอดภั ย ให้ เ ปิ ด และปิ ด เครื ่ อ งใหม่ หากไม่ ส ามารถเปิ ด ปิ ด สวิ ต ช์ ไ ด้ อ ย่ า งปลอดภั ย จะต้ อ งใช่ า งไฟฟ้ า ที ่ ม ี ค ุ ณ สมบั ต ิ เ หมาะ
สมป็ น ผู ้ ด � า เนิ น การ
บางครั ้ ง เครื ่ อ งเป่ า มื อ หยุ ด ระหว่ า งที ่ ใ ช้ ง าน
• ตรวจสอบว่ ท ่ อ ดู ด อากาศาสะอาดและปราศจากฝุ ่ น หากท่ อ ดู ด อากาศมี ฝ ุ ่ น เยอะหรื อ สกปรก ให้ ท � า ความสะอาดเพื ่ อ ขจั ด ฝุ ่ น หรื อ สิ ่ ง สกปรกออกด้ ว ยผ้ า นุ ่ ม
ช่ ว งเวลาเป่ า แห้ ง ยาวนานขึ ้ น /การไหลของอากาศลดลง
• ตรวจหาฝุ ่ น บนตะแกรงปิ ด ท่ อ ดู ด อากาศ และท� า ความสะอาด ตรวจสอบตั ว กรองและเปลี ่ ย น หากจ� า เป็ น
หากคุ ณ มี ข ้ อ สงสั ย เพิ ่ ม เติ ม กรุ ณ าติ ด ต่ อ สายด่ ว นให้ บ ริ ก ารของ Dyson
75

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Airblade v

Tabla de contenido