Amaran
• Topeng ini tidak sesuai digunakan untuk pengalihudaraan sistem sokongan hayat.
• Cuci tangan sebelum menggunakannya. Periksa topeng untuk mengenal pasti kesan
kerosakan atau kelusuhan (pecah, retak, koyak, dll.). Buang dan gantikan sebarang
komponen jika perlu.
• Sesetengah pengguna mungkin mengalami kemerah-merahan kulit, kerengsaan atau
ketidakselesaan. Jika ini berlaku, hentikan penggunaan dan hubungi ahli profesional penjagaan
kesihatan anda.
• Rujuk pakar perubatan atau doktor gigi jika anda mengalami sakit gigi, gusi atau rahang.
Penggunaan topeng boleh menerukkan lagi sakit gigi yang sedang dialami.
• Rujuk pakar perubatan jika anda mengalami simptom berikut semasa menggunakan
topeng atau selepas menanggalkannya: Kekeringan mata, sakit mata, jangkitan mata atau
penglihatan kabur. Rujuk ahli oftalmologi jika simptom berterusan.
• Topeng perlu dijauhkan dari mata anda.
• Jangan halang atau tutup port penghembusan.
• Jangan ketatkan tali pelindung kepala secara keterlaluan. Perhatikan tanda-tanda yang
menunjukkan bahawa tali topeng telah diikat dengan terlalu ketat, seperti kemerah-merahan
berlebihan, sakit atau kulit membonjol di sekeliling sisi topeng. Longgarkan tali pelindung kepala
untuk mengurangkan simptom.
• Topeng ini direka untuk kegunaan dengan sistem CPAP atau dwiperingkat yang disyorkan oleh
ahli profesional penjagaan kesihatan anda atau ahli terapi pernafasan. Jangan pakai topeng
ini melainkan sistem CPAP atau sistem dwiperingkat telah dihidupkan dan beroperasi dengan
betul. Jangan sekat atau cuba menutup port penghembusan. Penerangan mengenai Amaran:
Sistem CPAP bertujuan untuk digunakan dengan topeng khas dengan penyambung yang
mempunyai lubang angin untuk membolehkan aliran udara berterusan keluar dari topeng.
Apabila mesin CPAP dihidupkan dan berfungsi dengan betul, udara baru dari mesin CPAP akan
menyalurkan keluar udara hembusan melalui port penghembusan topeng yang disambung.
Walau bagaimanapun, apabila mesin CPAP tidak beroperasi, udara segar yang mencukupi tidak
akan dibekalkan melalui topeng, dan udara hembusan mungkin akan disedut semula. Amaran ini
terpakai bagi kebanyakan model dalam sistem CPAP.
• Jika oksigen digunakan bersama alat, aliran oksigen perlu dimatikan semasa alat tidak
beroperasi. Penerangan mengenai Amaran: Apabila alat tidak beroperasi, dan aliran oksigen
dibiarkan berterusan, oksigen yang dihantar ke dalam tiub ventilasi boleh terkumpul dalam
tudung alat. Oksigen yang terkumpul dalam alat akan mencetuskan risiko kebakaran.
• Pada kadar aliran tetap bagi aliran oksigen tambahan, kepekatan oksigen yang disedut akan
berbeza-beza, bergantung pada tetapan tekanan, corak pernafasan pesakit, pilihan topeng
dan kadar kebocoran. Amaran ini terpakai untuk kebanyakan jenis mesin CPAP dan mesin
dwiperingkat.
• Pada tekanan CPAP atau EPAP rendah, aliran melalui port penghembusan mungkin tidak
mencukupi untuk mengosongkan gas hembusan dari sistem tiub dengan sepenuhnya.
Pernafasan menggunakan udara hembusan yang sama mungkin akan berlaku.
• Pelarasan tahap tekanan terapi perlu dilakukan semasa menyambung alat penghembusan
bagi mengimbangi kebocoran yang bertambah.
Jika topeng anda mengandungi klip pelindung kepala magnetik, amaran berikut akan
dikenakan:
• Klip pelindung kepala mengandungi magnet. Hubungi profesional penjagaan kesihatan
anda sebelum anda menggunakan aksesori ini.
• Sesetengah alat perubatan mungkin dipengaruhi oleh medan magnet. Klip bermagnet di
dalam topeng ini hendaklah disimpan sekurang-kurangnya 50 mm jauh daripada sebarang
alat perubatan yang aktif dengan perhatian khusus diberikan kepada alat implan seperti
perentak jantung, defibrilator dan implan koklear.
• Jangan gunakan di atau dekat dengan peralatan pengimejan resonans magnet (MRI).
• Simpan klip pelindung kepala bermagnet yang tidak dipasang di tempat yang tidak boleh
dicapai oleh kanak-kanak. Sekiranya tertelan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
218