Cybex Platinum CLOUD Z i-SIZE Guia Del Usuario página 154

Ocultar thumbs Ver también para CLOUD Z i-SIZE:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 42
PENANGGALAN DARIPADA KENDERAAN
Pengeluaran kerusi keselamatan kanak-kanak dengan tapak
1. Untuk membuka kunci kerusi keselamatan kanak-kanak dari tapaknya, tolak
butang pelepas Kerusi hijau (19) dan tarik butang pelepas Kerusi atas (20) ke
atas pada masa yang sama.
2. Condongkan sedikit kerusi keselamatan kanak-kanak dan angkat dari tapaknya.
3. Buka Lengan pengunci ISOFIX (6) pada kedua-dua sisi dengan menekan
Butang pelepasan ISOFIX (5) dan pada masa sama menariknya kembali.
4. Tarik keluar Tapak (2) dari titik Tambatan ISOFIX (7).
5. Tanggalkan Tapak (2) dan luncurkan Lengan pengunci ISOFIX (6) semula
sepenuhnya ke dalam kedudukan pangangkutannya.
6. Tolak Kaki penyangga (3) kembali ke kedudukan asalnya dan kemudian
lipat untuk menjimatkan ruang.
7. Jika anda menggunakan Base Z, adalah penting untuk melipatkan sepenuhnya
kaki penyangga supaya amaran akustik disenyapkan. Terdapat kedudukan
peletakan kaki penyangga (21) yang ditunjukkan di bahagian bawah tapak.
Menanggalkan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan tali pinggang
automatik 3 titik
1. Keluarkan bahagian serong tali pinggang dari panduan tali pinggang serong (18).
2. Lepaskan kancing tali pinggang kenderaan dan lepaskan bahagian riba tali
pinggang dari panduan tali pinggang (17).
MELARASKAN PENYANDAR KEPALA
Penyandar kepala (22) boleh laras boleh dilaraskan dengan menggunakan gagang
pelarasan penyandar kepala (23). Semasa melaraskan Penyandar kepala 22),
pastikan tidak lebih daripada 2 cm (lebih kurang 2 jari lebar) ruang di antara bahu
anak dan penyandar kepala.
MENGUKUHKAN KEDUDUKAN ANAK
1. Tekan Butang pelarasan tali keledar (24) dan tarik kedua-dua Tali bahu keledar
(25) pada masa sama untuk melonggarkannya.
2. Buka Kancing tali keledar (26) dengan menekan butang merah dengan kuat.
3. Letakkan anak anda dalam kerusi keselamatan kanak-kanak dengan butang di
MS
belakang.
4. Letakkan Tali bahu keledar (25) terus ke atas bahu anak anda.
5. Letakkan kedua-dua Lidah kancing (27) bersama dan kunci di tempatnya
dalam Kancing tali keledar (26). Anda akan mendengar bunyi "KLIK".
152
6. Jika anda menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak dengan Klip
SensorSafe, tolak klip tertutup sehingga anda mendengar bunyi "KLIK" dan
luncurkan klip tertutup ke arah Kancing tali pinggang keledar (26).
7. Tarik Tali pinggang pelarasan pusat (28) untuk mengetatkan tali bahu keledar
(25) sehingga terletak kemas pada badan anak anda.
Abah-abah perlu diketatkan seketat mungkin supaya tidak meletakkan lipatan ke
��
dalam mana-mana tali.
8. Apabila menggunakan klip SensorSafe, letakkan klip terus ke bawah pad bahu.
FUNGSI PUTARAN
Fungi putaran hanya tersedia dengan Base Z. Tekan butang Hijau (29) pada
gelangsar Putaran kerusi (30) ke sisi dan kemudian tarik seluruh gelangsar ke luar.
Sekarang anda boleh memusingkan kerusi keselamatan.
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan bahawa kerusi keselamatan kanak-
kanak dikunci dengan betul di tempatnya dan Penunjuk arah pemanduan (31)
menunjukkan HIJAU.
MELARASKAN KANOPI MATAHARI
Buka lipatan Kanopi matahari (32) dengan menarik penutup plastiknya.
MELARASKAN KEDUDUKAN BARING PENUH DI LUAR KENDERAAN
Kerusi keselamatan kanak-kanak boleh diubah kepada kedudukan baring penuh
dengan menekan gagang pelepas untuk kedudukan baring penuh (33) sambil
menganjakkan bahagian belakang ke bawah secara serentak.
SISTEM PERJALANAN
Anda boleh memasang kerusi keselamatan kanak-kanak pada mana-mana kereta
sorong yang diluluskan. Klik kerusi keselamatan kanak-kanak ke atas penyesuai
yang diluluskan, menghadap ibu bapa kanak-kanak tersebut. Untuk membuka
kunci, tekan ke bawah butang Pelepas untuk penyesuai kereta sorong kanak-kanak
(34) dan angkat.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido