Bahasa Malaysia - IKEA LAGAN Manual Del Usuario

Ocultar thumbs Ver también para LAGAN:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 14
http://ikea-club.com.ua
BAHASA MALAYSIA
Bahagian atas kerja diperbuat daripada
kayu padu, yang mengandungi kelembapan
8–10%. Ini adalah kandungan kelembapan
yang tepat untuk bahagian atas kerja
yang akan digunakan untuk suhu dan
kelembapan yang normal. Disebabkan
kayu adalah bahan alam semula jadi yang
mengembang dan mengecut bergantung
kepada tahap kelembapan, kayu bahagian
atas kerja mungkin akan melengkung. Ini
boleh dielakkan dengan mengikuti arahan
pemasangan dan penjagaan dibawah.
Jangan buka bungkusan plastik hingga
anda bersedia untuk memasang bahagian
atas kerja. Sebelum pemasangan, simpan
bahagian atas kerja di dalam bilik bersuhu
dan berkelembapan normal. Jangan
sandarkan bahagian atas kerja ke radiator
yang hangat atau diletakkan di atas lantai
yang sejuk.
Bahagian atas kerja telah dirawat di kilang
dengan selapis salutan minyak rawatan
kayu. Selepas pemasangan, empelas
mengikut alur kayu. Sediakan bahagian
atas kerja dengan menggilap permukaan
kayu dengan kertas pasir halus atau
Scotch-Brite™. Bersihkan habuk kayu
dengan kain kering. Gunakan berus atau
kain untuk menyapu minyak rawatan
kayu BEHANDLA ke lapisan yang nipis
dan rata. Biarkan minyak meresap ke
dalam kayu selama 15 minit. Gunakan
kain yang lembut untuk mengelap minyak
yang berlebihan. Biarkan permukaan
kering. Ulang rawatan ini sebanyak tiga
kali dengan jarak lebih kurang sehari di
antara setiap rawatan bagi memastikan
minyak kering. Gilap permukaan secara
ringan dengan lembut selepas rawatan
pertama menggunakan kertas pasir. Apabila
keseluruhan permukaan kering, kilatkan
dengan kertas kasar atau kadbod untuk
mendapatkan permukaan yang licin. Untuk
memastikan bahagian atas kerja kekal
dengan permukaan yang tahan lasak, rawat
dengan minyak rawatan kayu BEHANDLA
sekali setahun atau apabila perlu. Rawatan
perlu dilakukan lebih kerap di bahagian atas
kerja yang mungkin lebih kering seperti di
sekitar sink dan hob.
Kesan calar dan kerosakan kecil boleh
dirawat menggunakan kertas pasir halus
dengan blok empelas. Sentiasa empelas
mengikut alur permukaan bahagian atas
kerja. Untuk pembersihan harian, gunakan
pencuci biasa, sabun atau air. Jangan
gunakan bahan kimia untuk membersihkan
bahagian atas kerja.
Bahagian atas kerja yang dipasang di atas
mesin basuh pinggan mangkuk, mesin
basuh atau ketuhar mesti dilindungi di
bahagian bawahnya dengan penghalang
serapan FIXA.
PENTING!
Cuci berus dan rendam kain yang telah
digunakan dan letakkannya di dalam beg
yang kedap untuk mengelakkan risiko
pembakaran spontan.
34

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido