Gambaran Keseluruhan; Tujuan Penggunaan; Amaran - Fisher&Paykel myAIRVO 2 Manual De Usuario

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 21

1. GAMBARAN KESELURUHAN

myAIRVO  2 adalah alat pelembap yang menyepadukan generator aliran yang menghantar gas respirasi
panas dan lembap kepada pesakit pernafasan spontan menerusi pelbagai antara muka pesakit.

TUJUAN PENGGUNAAN

myAIRVO  2 digunakan untuk rawatan pesakit pernafasan spontan yang akan mendapat faedah daripada
penerimaan aliran gas respirasi panas dan lembap yang tinggi. Ini meliputi pesakit yang telah menjalani
pemintasan salur pernafasan atas. Aliran boleh bermula daripada 2 - 60L/min bergantung pada antara muka
pesakit. myAIRVO 2 adalah untuk pesakit di rumah dan kemudahan penjagaan jangka panjang.

AMARAN

!
• Unit ini bukan bertujuan untuk bantuan hayat.
• Pemantau pesakit yang sesuai mesti digunakan sepanjang masa. Kehilangan terapi akan berlaku jika
bekalan kuasa terputus.
• Penghantaran gas respirasi melalui hidung menghasilkan tekanan salur pernafasan positif (PAP)
bersandarkan aliran. Ini mesti diambil kira apabila kerana PAP boleh membawa kesan buruk kepada pesakit.
Untuk mengelakkan lecuhan:
• Unit hanya boleh digunakan bersama antara muka, kebuk air dan tiub pernafasan yang dinyatakan di
dalam manual pengguna ini.
• Jangan guna aksesori melebihi daripada tempoh maksimum penggunaan yang dinyatakan di dalam
manual ini.
• Sebelum menggunakan oksigen bersama unit ini, baca semua amaran di seksyen "Oksigen" dalam manual ini.
• Jangan kendalikan unit jika:
• tiub pernafasan panas telah rosak akibat berlubang, koyak atau berpintal,
• ia tidak berfungsi dengan betul,
• skru pada bekasnya telah longgar.
• Jangan halang aliran udara yang mengalir melalui unit dan tiub pernafasan.
• Letakkan unit dalam kedudukan di mana pengudaraan di sekitar unit tidak terhad.
• Jangan sesekali menghalang bukaan udara pada unit atau meletaknya di atas permukaan yang lembut
seperti katil atau kerusi rehat/sofa, di mana bahagian penurasnya mungkin terhalang. Sila pastikan bukaan
udara bebas daripada lin, rambut dsb.
Untuk mengelakkan renjatan elektrik:
• Jangan simpan atau gunakan unit di tempat ia boleh terjatuh atau ditarik ke dalam air. Jika air memasuki
petak unit, putuskan sambungan kord kuasa dan hentikan penggunaan.
• Jangan kendalikan unit jika:
• ia telah terjatuh atau rosak,
• ia mempunyai kord atau palam kuasa yang rosak,
• ia telah terjatuh ke dalam air.
• Elak daripada menanggalkan kord kuasa dari bahagian belakang peranti jika tidak perlu. Jika perlu
ditanggalkan, pegang penyambung semasa menanggalkannya. Elakkan daripada menarik kord kuasa.
• Sila kembalikan unit ke pusat servis bertauliah untuk diuji dan dibaiki, kecuali sebagaimana digariskan
dalam manual ini.
Untuk mengelakkan tercekik, atau tersedut objek asing:
• Pastikan penuras udara telah dipasang apabila mengendalikan unit anda.
• Jangan jatuhkan atau masukkan sebarang objek ke dalam mana-mana bukaan atau tiub.
Pelbagai:
• Sebelum setiap penggunaan pesakit, pastikan isyarat penggera auditori dapat didengari dengan
melakukan pemeriksaan fungsi sistem penggera seperti yang dihuraikan di dalam seksyen Penggera.
• Output kelembapan akan terjejas di bawah 18 °C (64 °F) dan di atas 28 °C (82 °F).
• Bagi mengelakkan ianya terputus semasa penggunaan, terutamanya semasa penggunaan ambulatori,
gunakan tiub pernafasan panas sahaja seperti yang dinyatakan di dalam manual ini.
• Unit tidak sesuai digunakan jika terdapat campuran mudah terbakar dan anestetik bersama udara atau
oksigen atau nitrus oksida.
• myAIRVO  2 bukan satu sistem tertutup. Patuhi garis panduan kawalan jangkitan hospital bagi
mengurangkan risiko pencemaran bersilang
• Penggunaan aksesori atau kabel kuasa yang tidak dinyatakan oleh Fisher  &  Paykel Healthcare boleh
menyebabkan peningkatan pengeluaran elektromagnetik, pengurangan imuniti elektromagnetik dan/
atau pengendalian yang tidak betul.
• Penggunaan peralatan ini bersebelahan atau disusun di atas peralatan lain hendaklah dielakkan kerana ia
boleh menyebabkan pengendalian yang tidak betul. Jika penggunaan sedemikian adalah perlu, peralatan
ini dan peralatan lain hendaklah diperhatikan bagi mengesahkan kedua-duanya berfungsi secara normal.
E – 2

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido