2. PENYEDIAAN myAIRVO 2
H
O
2
1. SEBELUM ANDA MULAKAN
Letakkan unit di atas rak bawah atau berhampiran lantai di sebelah katil
anda. Ia mesti diletakkan di bawah paras kepala dan rata. Letakkan peranti
agar sambungan kord kuasa kepada bekalan kuasa mudah diakses dan
boleh diputuskan sambungannya.
2. PASANG KEBUK AIR
JIKA MENGGUNAKAN KEBUK AIR BOLEH GUNA SEMULA HC360:
Dengan bantuan corong yang dibekalkan, isi kebuk dengan air suling yang
mencukupi sepanjang tempoh ia digunakan, tetapi jangan melebihi garisan
aras air maksimum 560 mL.
Tetapan aliran lwn masa penggunaan
(HC360 kebuk air boleh guna semula, pada suhu sasaran 37 °C)
L/min
2
5
10
jam
106
42
21
AMARAN
Untuk mengelakkan lecuhan:
• Jangan isi kebuk air dengan air panas.
Untuk mengelakkan renjatan elektrik:
• Sentiasa tanggalkan kebuk air untuk mengisinya dan sentiasa isi dengan air yang
mencukupi bagi mencegahnya daripada kehabisan.
Pasangkan kebuk air pada unit dengan menekan pelindung jari ke bawah
dan sorongkan kebuk ke unit, secara berhati-hati jajarkan ia dengan hujung
port kebuk berwarna biru.
Tolak kebuk dengan kuat sehingga pelindung jari klik ke tempatnya.
Pergi ke Langkah 3, "Pasang Tiub Pernafasan Panas", di bawah.
AWAS
Menambah bahan lain selain daripada air boleh memberi kesan buruk kepada alat
pelembap dan terapi yang ingin dicapai.
JIKA MENGGUNAKAN KEBUK AIR AUTO-ISI MR290:
Tanggalkan penutup port berwarna biru daripada kebuk dengan menarik
tab ke atas kemudian tanggalkan pendakap yang memegang tiub bekalan
air. Pasangkan penyesuai yang dibekalkan ke atas dua port menegak pada
bahagian atas kebuk dan tolak sepenuhnya ke atas kemudian klipkan tiub
bekalan air pada kedudukannya.
Pasangkan kebuk MR290 seperti dihuraikan di atas untuk kebuk HC360.
Lekatkan beg air pada pendakap gantung sekurang-kurangnya 20 sm
(8") di atas unit, dan tolak pepaku beg ke dalam pemadannya di bahagian
bawah beg. Buka penutup lohong di sebelah pepaku beg. Kini kebuk akan
diisi secara automatik ke paras yang diperlukan dan kekalkan paras itu
sehingga beg air kosong. Hanya gunakan air suling dan sentiasa pastikan
air di dalam beg air itu mencukupi bagi mencegahnya daripada kehabisan.
E – 4
15
20
25
30
35
14
10
8
7
6
40
45
50
55
60
5
4
4
3
3