Pembersihan Dan Penyelenggaraan; Arahan Pembersihan Harian; Arahan Pembersihan Mingguan - Fisher&Paykel myAIRVO 2 Manual De Usuario

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 21

4. PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN

Adalah penting agar arahan di dalam seksyen ini diikuti dengan teliti, untuk memastikan peranti itu bersih
dan selamat untuk digunakan dan memanjangkan hayat barang guna habis.
Arahan berikut adalah untuk kegunaan seorang pesakit di rumah. Jika unit pernah digunakan oleh
berbilang pesakit, ia hendaklah dibersihkan dan dinyahjangkit antara pesakit mengikut arahan di dalam
Manual Kit Disinfeksi (900PT600). Aksesori penggunaan seorang pesakit hendaklah dibuang di antara
beberapa pesakit bagi mencegah pencemaran bersilang.
Teknik aseptik standard untuk meminimumkan pencemaran harus diikuti semasa mengendalikan unit
dan aksesori. Ini termasuk membasuh tangan dengan betul, mengelakkan sentuhan tangan dengan port
penyambung, pelupusan yang selamat bagi barang-barang yang telah digunakan dan penyimpanan unit
yang sesuai selepas pembersihan dan disinfeksi.

ARAHAN PEMBERSIHAN HARIAN

Jalankan Mod Pengeringan / Bilas antara muka pesakit dan kebuk air
1.
Benarkan Mod Pengeringan berjalan selepas digunakan (rujuk "Penggunaan myAIRVO 2" - "Mod
Pengeringan").
2. Tanggalkan antara muka, bilas dalam air kualiti minuman kemudian sambungkan semula pada tiub
pernafasan panas sewaktu masih di dalam Mod Pengeringan untuk mengeringkan antara muka.
3.
Jika menggunakan kebuk boleh guna semula HC360:
Setelah Mod Pengeringan lengkap, tanggalkan kebuk air dengan menolak pelindung jari ke
bawah dan menarik kebuk keluar. Cuci dan bilas kebuk kemudian isikan semula air suling yang
mencukupi untuk kegunaan seterusnya.
Jika menggunakan kebuk MR290:
Jangan cuci atau tanggalkan kebuk ini.

ARAHAN PEMBERSIHAN MINGGUAN

Bersihkan antara muka pesakit, kebuk air dan myAIRVO 2
1.
Matikan suis unit dan cabut palam daripada soket kuasa utama/utiliti.
2. Tanggalkan tiub pernafasan panas dan kosongkan sebarang lebihan pemeluwapan.
3. Tanggalkan antara muka daripada tiub pernafasan panas, cuci ia di dalam air suam yang ditambah
detergen pencuci pinggan mangkuk yang lembut, bilas di dalam air kualiti minuman, kemudian
sambungkan semula pada tiub pernafasan panas.
4. Tanggalkan kebuk air.
5.   J ika menggunakan kebuk HC360: Curah keluar dan buang saki baki air. Tanggalkan dasar kebuk. Cuci
bahagian atas dan dasar kebuk dalam detergen pencuci pinggan mangkuk lembut kemudian bilas.
Rendam kebuk di dalam larutan cuka (1 bahagian) dan air (2 bahagian) selama 10 minit. Bilas dan
keringkan.
  J ika menggunakan kebuk MR290: Jangan cuci kebuk ini. Letak kebuk MR290 ke tepi dengan cermat.
6. Lap bahagian dalam port penyambung tiub pernafasan panas sehingga betul-betul kering dengan kain
bersihdan rendah lin yang dicelup dalam air suam yang ditambah detergen pencuci pinggan mangkuk
lembut.
7. Lap bahagian luar unit dengan kain bersih dan lembap (bukan basah) yang dicelup dalam air suam
ditambah detergen pencuci pinggan mangkuk yang lembut. Jangan gunakan pelelas atau pelarut
tajam, kerana ini boleh merosakkan unit.
8. Pasang semula tiub pernafasan panas.
9.   J ika menggunakan kebuk HC360: Pasang semula kebuk.
  J ika menggunakan kebuk MR290: Pasang semula kebuk MR290 dan sambungkan semula pada beg
air. Periksa jika air mengalir ke dalam kebuk dan dikekalkan di bawah garisan paras air maksimum. Jika
paras air naik melebih garisan paras air maksimum, gantikan kebuk serta-merta.
10. Sambungkan semula unit kepada soket kuasa utama/utiliti.
11. Unit kini sedia digunakan untuk satu minggu lagi.
E – 13

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido