Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 21

OKSIGEN

Anda boleh menyambung sehingga mencecah 15 L/min oksigen sampingan
daripada bekalan pengaturan pada myAIRVO 2. Sambungkan output
sumber oksigen pada port masuk oksigen di bahagian tepi unit. Sila pastikan
anda menolak tiub oksigen dengan kemas ke dalam port penyambung.
Pecahan oksigen yang anda sedut bersama campuran udara/oksigen ini
ditentukan oleh tetapan aliran udara pada unit dan aliran oksigen yang
disambungkan pada port salur masuk oksigen unit.
Jadual berikut memberikan anggaran pecahan oksigen yang disampaikan
bagi julat unit dan aliran udara oksigen (pada paras laut). Pecahan oksigen
yang diberikan menganggap sumber oksigen itu sebagai pemekat oksigen
utama. Nilai-nilai ini akan menjadi lebih tinggi jika sumber oksigen itu
daripada oksigen yang dibotolkan. Pada aliran kurang daripada 10 L/min,
pecahan oksigen yang disampaikan begitu berbeza dengan perubahan
kecil dalam aliran masuk oksigen. Tetapan aliran oksigen harus dititratkan
mengikut paras penepuan darah.
Tetapan Aliran Sasaran myAIRVO 2 (L/min)
10
15
1
29
27
2
38
32
3
45
37
4
53
42
5
60
48
7
75
58
10
93
74
Adalah penting agar pakar perubatan yang mempreskripsi terapi oksigen
anda meluluskan kedua-dua tetapan aliran dan oksigen dan anda tidak
melaraskan tetapan yang ditetapkan tanpa berbincang dengan mereka.
Periksa agar paras ketepuan darah yang sesuai dicapai pada aliran
yang ditetapkan.
Gunakan pemantauan oksigen yang berterusan ke atas pesakit yang
akan menyahtepu dengan ketara jika berlaku gangguan pada bekalan
oksigen mereka.
AMARAN
 
Sebelum menggunakan oksigen dengan unit itu, baca kesemua amaran berikut:
• Penggunaan oksigen memerlukan penjagaan khas diambil bagi mengurangkan
risiko kebakaran. Oleh itu, bagi menjamin keselamatan, semua sumber nyalaan
perlu(cth. elektrokauteri atau elektrosurgeri) diletakkan jauh daripada unit dan
sebaik-baiknya di luar bilik di mana ia digunakan. Oksigen tidak boleh digunakan
ketika merokok atau terdapat nyalaan terbuka. Unit harus ditempatkan pada
kedudukan di mana pengudaraan di sekitar unit tidak terhalang.
• Nyalaan spontan dan marak boleh berlaku jika minyak, gris atau bahan bergris
bersentuhan dengan oksigen di bawah tekanan. Bahan-bahan ini mesti dijauhkan
daripada semua peralatan oksigen.
• Pastikan suis myAIRVO 2 telah dihidupkan sebelum menyambung oksigen.
• Oksigen hanya boleh ditambah menerusi port salur masuk oksigen khas di
belakang unit. Bagi memastikan oksigen betul-betul memasuki unit, port masuk
oksigen mesti dipasang dengan betul pada pemegang penuras dan pemegang
penuras mesti dipasang dengan betul pada unit. Penyambung kord kuasa juga
harus diikat dengan kemas.
• Sila pastikan bahawa kadar aliran sasaran myAIRVO 2 adalah lebih tinggi daripada
kadar aliran oksigen sampingan bagi mengelakkan oksigen berlebihan dilepaskan
ke kawasan sekitar.
• Jangan sambungkan lebih daripada 15 L/min oksigen sampingan ke myAIRVO 2.
• Pemekatan oksigen yang disampaikan kepada pesakit boleh terjejas oleh
perubahan pada tetapan aliran, tetapan oksigen, antara muka pesakit ditukar atau
jika laluan udara terhalang.
Apabila selesai, matikan sumber oksigen. Tanggalkan output sumber
oksigen daripada port salur masuk oksigen di bahagian belakang unit.
AMARAN
 
Untuk mengelakkan lecuhan:
• Aliran oksigen mesti dimatikan apabila unit tidak beroperasi, supaya oksigen tidak
terkumpul di dalam peranti.
E – 10
20
25
30
35
40
25
24
24
23
23
29
28
26
26
25
33
31
29
28
27
37
34
32
30
29
41
37
34
33
31
50
44
40
37
35
61
54
49
45
42
45
50
55
60
23
23
23
22
25
24
24
24
26
26
25
25
28
27
27
26
30
29
29
28
34
32
31
31
39
37
36
35

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido