TETAPAN LANJUTAN
Apabila anda melihat simbol "Pemanasan" atau "Sedia digunakan", anda
boleh menekan butang Mod untuk melihat dan menukar tetapan lanjutan.
SUHU TAKAT EMBUN SASARAN
Anda boleh menetapkan myAIRVO 2 kepada tiga tetapan suhu takat
embun sasaran:
• 37 °C (98.6 °F)
• 34 °C (93 °F) [jika pematuhan pada 37 °C menjadi masalah]
• 31 °C (88 °F) [untuk topeng muka sahaja].
Anda tidak boleh mengakses semua tetapan, jika:
• unit berada dalam Mod Kanak-kanak (terhad kepada 34 °C),
• unit pada mulanya telah ditetapkan dengan had yang lebih ketat.
myAIRVO 2 akan mengingati tetapan suhu takat embun sasaran apabila
anda mematikan suisnya.
Tekan butang Mod untuk beralih ke skrin seterusnya.
ALIRAN SASARAN
Anda boleh menetapkan myAIRVO 2 kepada aliran antara 10 L/min
dan 60 L/min, dalam penambahan 1 L/min (10-25 L/min) dan 5 L/min
(25-60 L/min).
Anda tidak boleh mengakses semua tetapan, jika:
•
unit berada dalam Mod Junior (terhad kepada 2 - 25 L/min,
dalam penambahan 1 L/min)
•
unit pada mulanya telah ditetapkan dengan had yang lebih ketat.
myAIRVO 2 akan mengingati tetapan aliran sasaran apabila anda
mematikan suisnya.
Pada altitud, kadar aliran maksimum yang boleh dicapai mungkin
lebih rendah daripada yang tersenarai di atas, sebanyak 5 L/min bagi
setiap 1000 m (3000 kaki).
Tekan butang Mod untuk beralih ke skrin seterusnya.
E – 8
Untuk menukar tetapan suhu takat
embun sasaran:
Tekan butang Atas dan Bawah untuk memilih
tetapan baharu.
Angka besar di tengah skrin menunjukkan tetapan
yang anda pilih.
Angka kecil berdekatan anak panah menunjukkan
tetapan minimum dan maksimum yang boleh diakses.
Untuk menukar tetapan aliran sasaran:
Tekan butang Atas dan Bawah untuk memilih tetapan
baharu.
Angka besar di tengah skrin menunjukkan tetapan
yang anda pilih.
Angka kecil berdekatan anak panah menunjukkan
tetapan minimum dan maksimum yang boleh diakses.