Dengan menggunakan ISOFIX-Connect, sambungan kepada kenderaan
diwujudkan yang meningkatkan keselamatan anak anda. Anak anda
masih perlu dipakaikan dengan tali pinggang keledar tiga titik kenderaan
anda dan dengan perisai impak untuk Kumpulan 1.
Kerusi keselamatan kanak-kanak boleh juga digunakan dengan
Perlindungan Impak Sisi Linear (L.S.P.) lipat ke dalam jika tidak cukup
ruang di dalam kenderaan atau jika Perlindungan Impak Sisi Linear (L.S.P.)
bercanggah dengan pintu kenderaan.
MENGELUARKAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK DARIPADA
KENDERAAN
Jalankan langkah-langkah pemasangan dalam urutan terbalik.
1. Buka kunci lengan penguncian ISOFIX-Connect (k) pada kedua-dua sisi
dengan menekan butang pelepas (m) dan menariknya semula secara
serentak.
2. Tarik kerusi keselamatan kanak-kanak dari titik tambat ISOFIX (o).
3. Tanggalkan kerusi keselamatan kanak-kanak dan simpan ISOFIX-Connect
dalam urutan terbaik bagi pemasangan.
MELARASKAN PENYANDAR KEPALA
Penyandar kepala (c) boleh dilaraskan dengan menggunakan pelaras
ketinggian penyandar kepala (d) di belakang penyandar kepala (c). Laraskan
penyandar kepala (c) supaya maks. 2 cm (anggaran lebar 2 jari) di antara
bahu kanak-kanak dan penyandar kepala itu (c).
Ketinggian penyandar kepala masih boleh dilaraskan semasa kerusi
keselamatan kanak-kanak dipasang di dalam kenderaan.
PENYANDAR KEPALA BOLEH CONDONG
Penyandar boleh condong (c) membantu untuk menghalang kepala kanak-
kanak daripada terjongket ke depan semasa tidur. Penyandar kepala ini
boleh ditetapkan kepada satu daripada 2 kedudukan. Tolak penyandar boleh
condong (c) ke depan sehingga kedudukan yang diingini dicapai. Untuk
mengembalikannya kepada kedudupkan asal, tuil (v) mesti dikendalikan dan
penyandar kepala di tarik ke belakang.
Kepala kanak-kanak hendaklah sentiasa menyentuh penyandar kepala
boleh condong.
MOD PEMASANGAN YANG BETUL
Kumpulan 1:
9 ‒ 18 kg
dengan tapak dan
Mod pemasangan
perisai impak
Pemasangan
MEMASANG TALI PENGIKAT KELEDAR DENGAN PERISAI IMPAK –
KUMPULAN 1 (9 – 18 KG)
1. Sisipkan perisai impak (f). Kelepak sisi perisai impak (f) muat betul-betul di
antara tempat letak tangan dan permukaan tempat duduk peninggi. Tekan
butang pelarasan tengah (q) dan sesuaikan perisai impak pada anak anda.
2. Tarik keseluruhan panjang tali pinggang keledar kenderaan.
3. Letakkan tali pinggang keledar riba di atas tali pinggang keledar merah yang
ditetapkan menghala pada perisai impak (g).
4. Kancing tali pinggang keledar kenderaan ke dalam kancing tali pinggang
keledar. Bunyi "KLIK" akan kedengaran apabila ia terkunci dengan kemas.
5. Kemaskan tali pinggang keledar riba dengan menarik tali pinggang keledar
bahu ke belakang.
6. Masukkan tali pinggang keledar bahu selari dengan tali pinggang keledar
riba di belakang ke dalam haluan tali pinggang keledar riba (g) dan tarik
tali pinggang keledar bahu ketat-ketat. Pastikan kedua-dua bahagian lebar
penutup tali pinggang keledar perisai impak (f) dalam haluan tali pinggang
keledar (g).
7. Masukkan tali pinggang keledar bahu melalui haluan tali pinggang keledar
perisai impak (g) sehingga terkapit di dalam panduan tali pinggang keledar.
8. Letakkan tali pinggang keledar bahu di antara penyandar kepala (c) dan
penyandar (b). Tali pinggang keledar bahu tidak perlu dipandu masuk
melalui panduan tali pinggang keledar bahu (i).
MELARASKAN KEDUDUKAN BERBARING (9-18 KG)
1. Untuk meletakkan kerusi dalam kedudukan berbaring, tekan butang
pelarasan kedudukan (r).
2. Untuk mengembalikan kerusi daripada keadaan baring kepada keadaan
duduk, tekan butang pelarasan kedudukan (r) sekali lagi dan tolak kerusi ke
atas dengan memberi sedikit tekanan pada peninggi (e).
Kumpulan 2/3:
15 ‒ 36 kg
tanpa tapak dan
perisai impak
MS
147