•
Jangan guna kerusi keselamatan kanak-kanak ini untuk kanak-kanak
melebihi 9 tahun. Kerusi kanak-kanak terdedah kepada tekanan yang tinggi
semasa hayat produknya, yang menyebabkan perubahan dalam kualiti
bahan dengan peningkatan umur.
•
Bahagian plastik boleh dibersihkan dengan bahan pencuci yang lembut
dan air suam. Jangan sekali-kali gunakan bahan pencuci yang kasar atau
peluntur!
•
Pada sesetengah kerusi kenderaan yang dibuat daripada bahan sensitif,
penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak boleh meninggalkan tanda
dan/atau menyebabkan penyahwarnaan. Untuk mencegah perkara ini, anda
boleh meletakkan selimut atau tuala atau yang seumpamanya di bawah
kerusi kanak-kanak untuk melindungi kerusi kenderaan.
BAHAGIAN PRODUK
(1) Ruang penyimpanan panduan
pengguna
(2) Penyandar
(3) Peninggi
(4) Lengan penguncian ISOFIX
(5) Gagang pelarasan ISOFIX
(6) Titik tambat ISOFIX
(7) Penunjuk keselamatan ISOFIX
MENYEDIAKAN UNTUK PEMASANGAN
Sambungkan penyandar (2) ke peninggi (3) dengan mencangkukkan cuping
pada gandar peningginya. Penyandar kepala (2) kemudiannya dilipat ke depan.
KEDUDUKAN YANG BETUL DI DALAM KENDERAAN
Dengan lengan penguncian ISOFIX boleh sentap (4) kerusi keselamatan
kanak-kanak boleh digunakan pada kerusi kenderaan yang dilengkapi
dengan tali pinggang keledar tiga titik automatik. Untuk menggunakan
ISOFIX, sila rujuk senarai jenis kenderaan yang dilampirkan untuk kenderaan
yang diluluskan. Anda boleh mendapatkan versi paling terkini daripada
www.cybex-online.com.
MS
Sekiranya kenderaan anda tidak dilengkapi dengan titik tambatan ISOFIX,
terdapat kemungkinan untuk menggunakan Solution S i-FIX dengan lengan
penguncian ISOFIX yang tertarik balik.
Apabila ketinggian seorang kanak-kanak itu melebihi 135cm, keserasian
antara SOLUTION S i-Fix dan kereta anda mungkin berkurang. Sila semak
108
(8) Butang pelepas ISOFIX
(9) Perlindungan Impak Sisi Linear
(L.S.P.)
(10) L.S.P. Butang pengendalian
(11) Penyandar kepala boleh laras
(12) Pelaras ketinggian penyandar
kepala
(13) Panduan tali riba keledar
(14) Panduan tali bahu keledar
senarai jenis kenderaan untuk memastikan jika kerusi kanak-kanak tersebut
boleh digunakan dalam semua kedudukan penyandar kepala tanpa sekatan.
Dalam keadaan yang luar biasa, kerusi keselamatan kanak-kanak boleh juga
digunakan pada kerusi penumpang depan. Sentiasa patuhi saranan pengilang
kenderaan.
MEMASANG KERUSI KANAK-KANAK DI DALAM KENDERAAN
1. Sentiasa pastikan bahawa...
• penyandar di dalam kenderaan yang dikunci dalam kedudukannya yang
menegak.
• semasa memasang kerusi keselamatan kanak-kanak pada kerusi
penumpang depan, kerusi itu dilaraskan ke belakang sejauh yang mungkin
tanpa menjejaskan penghalaan tali pinggang keledar.
2. Gunakan Gagang pelarasan ISOFIX (5) di bawah peningginya (3) dan tarik
dua lengan penguncian ISOFIX (4) sejauh yang mungkin.
3. Sekarang putar Lengan penguncian ISOFIX (4) 180° supaya lengan
penguncian itu menghadap ke arah Titik tambat ISOFIX (6).
4. Letakkan kerusi keselamatan kanak-kanak pada kerusi yang sesuai dalam
kenderaan.
5. Tekan dua Lengan penguncian ISOFIX (4) ke dalam titik tambat ISOFIX (6)
sehingga lengan penguncian itu terkunci pada tempatnya dan kedengaran
bunyi "KLIK".
6. Gunakan Gagang pelarasan ISOFIX (5) dan tolak kerusi kereta ke kerusi
kenderaan.
7. Pastikan keseluruhan permukaan penyandar (2) kerusi keselamatan
kanak-kanak diletakkan pada penyandar kerusi kenderaan.
Jika penyandar kepala kenderaan menghalangnya, tarik ke atas sejauh
yang mungkin atau tanggalkan sepenuhnya (kecuali untuk kerusi
menghadap ke belakang).
8. Pastikan kerusi diketatkan dengan cuba untuk menariknya keluar dari Titik
tambat ISOFIX (6). Penunjuk keselamatan berwarna hijau (7) mesti dapat
dilihat dengan jelas pada kedua-dua sisi kerusi tersebut.
9. Sekiranya kerusi digunakan tanpa ISOFIX, kerusi itu boleh disimpan di
bahagian bawah kerusi.
Dengan menggunakan ISOFIX, sambungan kepada kenderaan diwujudkan
dan dapat meningkatkan keselamatan anak anda. Anak anda masih perlu
dikukuhkan dengan tali pinggang keledar tiga titik kenderaan.