WARANTI TERHAD DAN PENGEHADAN LIABILITI
Produk Fluke ini akan bebas daripada kecacatan dalam bahan dan mutu kerja selama satu
tahun dari tarikh pembelian. Waranti ini tidak meliputi fius, bateri pakai buang, atau kerosakan
daripada kemalangan, pengabaian, salah guna, pengubahsuaian, pencemaran, atau keadaan
operasi atau pengendalian yang luar biasa. Penjual semula tidak dibenarkan untuk
melanjutkan sebarang waranti lain bagi pihak Fluke. Untuk mendapatkan perkhidmatan
semasa tempoh waranti, hubungi Pusat Servis sah Fluke berhampiran anda untuk
mendapatkan maklumat pengesahan pemulangan, kemudian hantar produk ke Pusat Servis
dengan penerangan masalah.
WARANTI INI ADALAH SATU-SATUNYA REMEDI ANDA. TIADA WARANTI LAIN, SEPERTI
KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, DINYATAKAN ATAU TERSIRAT. FLUKE
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN ATAU KERUGIAN
KHAS, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN ATAU LANJUTAN, YANG TIMBUL DARIPADA
SEBARANG SEBAB ATAU TEORI. Memandangkan beberapa negeri atau negara tidak
membenarkan pengecualian atau pengehadan terhadap sebarang waranti yang tersirat atau
kerosakan sampingan atau berterusan, pengehadan liabiliti ini mungkin tidak berkenaan
dengan anda.
Fluke Corporation
P.O. Box 9090
Everett, WA 98206-9090
U.S.A.
11/99
Fluke Europe B.V.
P.O. Box 1186
5602 BD Eindhoven
The Netherlands