PROVOX TruTone Emote Manual De Instrucciones página 205

Ocultar thumbs Ver también para TruTone Emote:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 51
• Jangan simpan bateri di dalam poket, dompet, kotak atau laci dll. yang bateri
boleh menyebabkan litar pintas antara satu sama lain atau berlaku litar pintas
akibat bahan konduksian seperti syiling atau kunci kerana perkara ini boleh
menyebabkan kecederaan peribadi atau kerosakan peranti.
• Jangan gunakan bateri yang bocor kerana perkara ini boleh menyebabkan
kecederaan peribadi atau kerosakan peranti.
• Jangan dedahkan bateri litium pada suhu di luar julat suhu yang dinyatakan
pada label kerana perkara ini boleh menyebabkan kecederaan peribadi atau
kerosakan peranti.
• Berhati-hati apabila menggantikan bateri. Pemasangan bateri yang salah
boleh menyebabkan keadaan yang berbahaya, seperti kepanasan melampau
atau kebakaran, kerana perkara ini boleh menyebabkan kecederaan peribadi
atau kerosakan peranti atau harta lain.
• Peranti mengandungi magnet yang menghasilkan medan magnet dan
elektromagnet yang boleh mengganggu alat perentak jantung atau peranti
boleh implan lain serta prosedur atau rawatan tertentu. Kekalkan jarak
minimum 6"/15 cm di antara peranti dengan mana-mana peranti yang
diimplan secara perubatan. Rujuk doktor anda sebelum mana-mana prosedur
atau rawatan perubatan. Sekiranya gangguan antara peranti dengan mana-
mana peranti yang diimplan secara perubatan disyaki, hentikan penggunaan
dan rujuk doktor anda.
• Jangan masukkan mana-mana bahagian peranti atau aksesori ke dalam stoma
kerana perkara ini boleh menyebabkan kecederaan peribadi.
• Jangan ubah suai peranti kerana perkara ini boleh menyebabkan kecederaan
peribadi atau kerosakan peranti.
• Peranti mengandungi bahagian kecil yang boleh tertanggal dan menyebabkan
bahaya tercekik. Jauhkan daripada kanak-kanak kecil.
1.5 Langkah berjaga-jaga
• Berhati-hati supaya tidak merosakkan pendawaian bateri semasa membuka/
menutup penutup bateri.
• Kegagalan untuk mengikut arahan penyelenggaraan boleh menyebabkan
kecederaan peribadi dan/atau kerosakan peranti.
• Jangan sekali-kali menggunakan peranti yang rosak, diubah suai atau diubah;
atau mengecas peranti yang rosak, diubah suai atau diubah, kerana perkara ini
boleh menyebabkan kecederaan peribadi dan/atau kerosakan peranti.
• Peranti dan bateri boleh menjadi panas (sehingga 45°C/113°F) semasa
mengecas. Biarkan peranti menjadi sejuk sebelum digunakan.
• Peranti boleh menjadi panas semasa digunakan. Ambil langkah berjaga-jaga
yang diperlukan semasa meletakkan peranti pada leher untuk digunakan.
• Dengan penggunaan yang banyak, getaran boleh menyebabkan
ketidakselesaan untuk sesetengah pengguna sensitif.
• Peranti boleh pincang tugas atau berhenti berfungsi disebabkan oleh
gangguan medan elektromagnet daripada peranti lain.
• Berhati-hati supaya tidak mengunyah/menggigit tiub oral kerana perkara ini
boleh menyebabkan kerosakan gigi.
• Berhati-hati supaya tidak menjatuhkan peranti kerana perkara ini boleh
menyebabkan kerosakan peranti.
• Peranti boleh menyebabkan rasa penggunaan daya dan keletihan pada bahu/
lengan untuk individu yang mengalami disfungsi bahu.
2. Arahan penggunaan
Definisi: TTE = Provox TruTone Emote, TTP = Provox TruTone Plus,
TTE/P = kedua-dua produk Provox TruTone, STP = Provox SolaTone Plus
205

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

Trutone plusSolatone plus

Tabla de contenido