• Jam hendaklah dipakai terus pada kulit anda. Tiada pakaian, walau
betapa nipis sekalipun, yang boleh terdapat di antara sensor dan kulit
anda.
• Jam mungkin perlu dipakai pada kedudukan yang lebih tinggi pada
lengan anda berbanding dengan tempat biasa jam dipakai. Sensor
membaca aliran darah yang melalui tisu. Apabila lebih banyak tisu yang
dapat dibacanya, maka itu adalah lebih baik.
• Menggerakkan lengan dan meregangkan otot, seperti menggenggam
raket tenis, boleh mengubah ketepatan bacaan sensor.
• Apabila kadar denyutan jantung anda rendah, sensor mungkin tidak
dapat memberikan bacaan yang stabil. Aktiviti pemanasan badan yang
ringkas selama beberapa minit sebelum anda mula merekodkan bacaan
boleh membantu.
• Pigmentasi kulit dan cacah/tatu menyekat cahaya dan mencegah bacaan
yang boleh dipercayai daripada sensor optik.
• Sensor optik mungkin tidak dapat memberikan kadar denyutan jantung
yang tepat untuk aktiviti berenang.
• Untuk mendapatkan ketepatan yang lebih tinggi dan respons yang
lebih pantas bagi kadar denyutan jantung anda, kami mengesyorkan
penggunaan sensor kadar denyutan jantung dada yang serasi misalnya
Suunto Smart Sensor.
AMARAN: Ciri kadar denyutan jantung optik mungkin tidak tepat untuk
setiap pengguna semasa setiap aktiviti. Kadar denyutan jantung optik juga
mungkin dipengaruhi oleh anatomi unik dan pigmentasi kulit setiap individu.
91