Bahasa Melayu
76
1
2
Muat turun aplikasi, daftar dan sambung ke Wi-Fi
3 Tolak robot pada stesen supaya sesentuh pengecasan robot bersentuhan
dengan sesentuh pengecasan pada stesen.
Nota: Pastikan robot berada dalam kedudukan yang betul dan mula
mengecas. Lampu pada dua butang di bahagian atas robot berkelip dengan
perlahan-lahan. Jika bateri habis, ia mungkin akan mengambil sedikit masa
sebelum robot menunjukkan ia sedang mengecas.
Perhatian: Walaupun anda mengecas robot buat pertama kali, stesen akan
mula memvakum sewaktu robot kosong. Ini bukan ralat tetapi sebahagian
daripada biasa prosedur pengecasan yang biasa.
4 Tunggu sehingga robot dicas sepenuhnya.
Nota: Pastikan robot dicas sepenuhnya sebelum anda menggunakannya
buat kali pertama.
Nota: LED putih pada stesen juga menyala untuk menunjukkan bahawa robot
sedang mengecas.
Kandungan aplikasi
Anda boleh mengendalikan robot dengan aplikasi Philips HomeRun robot.
Aplikasi ini membenarkan anda untuk mengurus robot anda dan menawarkan
bantuan serta sokongan:
1 Video cara menggunakan robot.
2 Manual pengguna yang lengkap.
3 Soalan Lazim.
4 Hubungi Layanan Pelanggan.
5 Cipta peta rumah anda.
6 Pilih bilik untuk dibersihkan.
7 Pilih antara mod pembersihan dan tetapan yang berbeza untuk setiap bilik.
8 Lihat status aktiviti pembersihan dalam masa nyata dan lihat paras bateri.
9 Terima pemberitahuan dan isyarat.
10 Jadualkan aktiviti pembersihan.
11 Lihat status penyelenggaraan dan cari alat ganti.
Memuat turun aplikasi
1 Imbas kod QR pada kulit luat manual pengguna ini atau pada bungkusan
robot.
Atau:
Cari 'aplikasi Philips HomeRun robot' dalam Apple App Store atau salah satu
Android App Store.
2 Muat turun dan pasang aplikasi tersebut.
3 Ikut arahan dalam aplikasi.