Descargar Imprimir esta página

Suunto RACE OW224 Manual página 80

Publicidad

radiator dan pergelangan tangan anda, serta 10 mm di antara radiator dan kepala anda.
TARIKH PEMBUATAN
Tarikh pembuatan boleh ditentukan daripada nombor siri peranti anda. Nombor siri sentiasa
berjumlah 12 aksara: YYWWXXXXXXXX. Dalam nombor siri, dua digit pertama (YY) ialah tahun dan
dua digit berikut (WW) ialah minggu dalam tahun semasa peranti ini dihasilkan.
PELUPUSAN
Sila lupuskan peranti mengikut peraturan-peraturan tempatan bagi bahan buangan
elektronik. Jangan buang ke dalam tong sampah. Sekiranya anda mahu, anda boleh
mengembalikan peranti tersebut kepada pengedar Suunto terdekat anda.
WARANTI TERHAD ANTARABANGSA
Suunto menjamin bahawa sepanjang Tempoh Waranti, Suunto atau Pusat Servis Berdaftar Suunto
(Selepas ini Pusat Servis) akan, atas budi bicaranya semata-mata, memulihkan kecacatan pada
bahan atau mutu kerja tanpa mengenakan caj sama ada dengan a) membaiki, atau b) mengganti,
atau c) membayar balik, tertakluk pada terma dan syarat dalam Waranti Terhad Antarabangsa ini.
Waranti Terhad Antarabangsa ini sah dan boleh dikuatkuasakan tanpa mengambil kira negara
pembelian. Waranti Terhad Antarabangsa tidak menjejaskan hak undang-undang anda, yang diberi
di bawah undang-undang negara mandatori yang diterima pakai bagi penjualan barang pengguna.
TEMPOH WARANTI
Tempoh Waranti Terhad Antarabangsa bermula pada tarikh pembelian runcit yang asal.
Tempoh Waranti adalah dua (2) tahun untuk Jam Tangan, Jam Tangan Pintar, Komputer Menyelam,
Pemancar Kadar Jantung, Pemancar Menyelam, Instrumen Mekanikal Menyelam dan Instrumen
Ketepatan Mekanikal melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tempoh Waranti adalah satu (1) tahun untuk aksesori termasuk tetapi tidak terhad kepada tali dada
Suunto, tali jam tangan, pengecas, kabel, bateri boleh dicas semula, gelang dan hos.
Tempoh Waranti ialah lima (5) tahun untuk kegagalan yang disebabkan oleh sensor pengukuran
kedalaman (tekanan) pada Suunto Dive Computer.
PENGECUALIAN DAN BATASAN
Waranti Terhad Antarabangsa ini tidak meliputi:
1. a) kehausan dan kelusuhan yang biasa seperti calar, lelasan atau perubahan warna dan/atau
bahan tali bukan metalik, b) kecacatan yang disebabkan oleh pengendalian yang kasar, atau
c) kecacatan atau kerosakan akibat penggunaan yang bertentangan dengan penggunaan
yang dimaksudkan atau disyorkan, penjagaan yang tidak wajar, kecuaian dan kemalangan
seperti terjatuh atau terhimpit;
2. bahan bercetak dan pembungkusan;
3. kecacatan atau kecacatan didakwa yang disebabkan oleh penggunaan dengan apa-apa
produk, aksesori, perisian dan/atau servis yang tidak dikilangkan atau dibekalkan oleh
Suunto;
4. bateri tidak boleh dicas semula.
Suunto tidak menjamin bahawa operasi Produk atau aksesori tidak akan terganggu atau bebas
daripada ralat, atau bahawa Produk atau aksesori akan berfungsi dengan apa-apa perkakasan
atau perisian yang disediakan oleh pihak ketiga.
80

Publicidad

loading