Descargar Imprimir esta página

Suunto OW233 Manual Del Usuario página 190

Publicidad

WARANTI TERHAD ANTARABANGSA
MY
Suunto menjamin bahawa sepanjang Tempoh Waranti, Suunto atau Pusat Perkhidmatan Berdaftar
Suunto (kemudian daripada ini Pusat Perkhidmatan) akan, atas budi bicaranya semata-mata, memulihkan
kecacatan pada bahan atau mutu kerja tanpa mengenakan caj sama ada dengan a) membaiki, atau b)
mengganti, atau c) membayar balik, tertakluk pada terma dan syarat dalam Waranti Terhad Antarabangsa
ini. Waranti Terhad Antarabangsa ini sah dan boleh dikuatkuasakan tanpa mengambil kira negara
pembelian. Waranti Terhad Antarabangsa tidak menjejaskan hak undang-undang anda, yang diberi di
bawah undang-undang negara mandatori yang diterima pakai bagi penjualan barang pengguna.
TEMPOH WARANTI
Tempoh Waranti Terhad Antarabangsa bermula pada tarikh pembelian runcit yang asal. Tempoh Waranti
adalah dua (2) tahun untuk Jam Tangan, Jam Tangan Pintar, Komputer Menyelam, Pemancar Kadar
Jantung, Pemancar Menyelam, Instrumen Mekanikal Menyelam dan Instrumen Ketepatan Mekanikal
melainkan dinyatakan sebaliknya.
Tempoh Waranti adalah satu (1) tahun untuk aksesori termasuk tetapi tidak terhad kepada tali dada Suunto,
tali jam tangan, pengecas, kabel, bateri boleh dicas semula, gelang dan hos.
Tempoh Waranti ialah lima (5) tahun untuk kegagalan yang disebabkan oleh sensor pengukuran
kedalaman (tekanan) pada Suunto Dive Computer.
PENGECUALIAN DAN BATASAN
Waranti Terhad Antarabangsa ini tidak meliputi:
1. kehausan dan kelusuhan yang biasa seperti calar, lelasan atau perubahan warna dan/atau bahan
tali bukan metalik, b) kecacatan yang disebabkan oleh pengendalian yang kasar, atau c) kecacatan
atau kerosakan akibat penggunaan yang bertentangan dengan penggunaan yang dimaksudkan atau
disyorkan, penjagaan yang tidak wajar, kecuaian dan kemalangan seperti terjatuh atau terhimpit;
2. bahan bercetak dan pembungkusan;
3. kecacatan atau kecacatan didakwa yang disebabkan oleh penggunaan dengan apa-apa produk,
aksesori, perisian dan/atau perkhidmatan yang tidak dikilangkan atau dibekalkan oleh Suunto;
4. bateri tidak boleh dicas semula.
Suunto tidak menjamin bahawa operasi Produk atau aksesori tidak akan terganggu atau bebas daripada
ralat, atau bahawa Produk atau aksesori akan berfungsi dengan apa-apa perkakasan atau perisian yang
disediakan oleh pihak ketiga.
Waranti Terhad Antarabangsa ini tidak boleh dikuatkuasakan jika Produk atau aksesori:
190

Publicidad

loading