Descargar Imprimir esta página

Etac Clean Manual Del Usuario página 78

Ocultar thumbs Ver también para Clean:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 50
Etac / Clean / www.etac.com
Umum
ms
Terima kasih kerana memilih produk Etac. Bagi mengelak-
kan kerosakan semasa pemasangan, pengendalian dan
penggunaan, adalah penting bagi anda membaca manual
ini dan menyimpannya untuk rujukan masa hadapan. Anda
juga boleh mendapatkannya di www.etac.com. Anda boleh
memilih bahasa anda melalui pautan "Antarabangsa" dan
"Laman web tempatan". Di sini anda juga akan menemui
dokumentasi produk yang lain, seperti maklumat pihak
yang memberikan preskripsi, panduan prapembelian dan
arahan pemulihan.
Dalam manual ini, pengguna ialah orang yang duduk di
atas kerusi. Penjaga ialah orang yang menolong pengguna.
Senarai item:
= Terpakai untuk,
Lihat senarai item di sebelah kanan yang memaparkan
maklumat berkenaan setiap produk.
Imej yang dirujuk pada setiap halaman ditemui
pada permulaan manual (halaman 3 hingga 9).
Lihat Rajah A hingga F untuk teks yang sepadan.
Penerangan peranti
Keluarga Clean adalah rangkaian kerusi mandi mudah alih
yang terdiri daripada Clean dan Clean Height boleh laras
untuk pembantu sorong dan Clean 24" boleh disorong oleh
pengguna.
Tujuan yang dimaksudkan
Clean, Clean 24" dan Clean Height boleh laras (seterusnya
juga dirujuk sebagai "peranti" atau "produk") ialah
peranti perubatan yang bertujuan untuk melegakan atau
mengimbangi kemerosotan fungsi akibat kecederaan atau
hilang upaya. Produk ini direka untuk digunakan semasa
melakukan tugas pembersihan di bilik mandi, di atas singki
atau di atas tandas, dan untuk pemindahan ke dan dari
bilik pembersihan.
Kumpulan pengguna yang dimaksudkan
Kumpulan pengguna peranti ini adalah berdasarkan
keupayaan fungsi individu dan bukan pada dianogsis,
keadaan kesihatan atau umur tertentu. Alat ini bertujuan
untuk individu dengan ketinggian 146 cm atau lebih,
atau berat badan 40 kg atau lebih.
Pengguna sekunder peranti ini ialah penjaga yang
memberikan bantuan dan doktor/juruteknik yang mengu-
rus peranti.
Persekitaran yang dimaksudkan
Peranti ini bertujuan untuk kegunaan dalaman dalam
persekitaran rumah atau institusi dan sesuai digunakan
di bilik mandi, tetapi bukan untuk kolam renang atau
persekitaran menghakis yang serupa.
Penggunaan yang dimaksudkan
Peranti ini bertujuan untuk kegunaan jangka pendek dan
jangka panjang dan boleh digunakan beberapa kali sehari.
Peranti ini bertujuan untuk digunakan dengan kulit yang
tidak rosak. Peranti ini bertujuan untuk pengubahsuaian
dan penggunaan semula.
Jangka hayat perkhidmatan
Jangka hayat perkhidmatan ialah 7 tahun. Untuk maklumat
lengkap berkenaan hayat perkhidmatan peranti, sila layari
www.etac.com.
Indikasi
Indikasi penggunaan adalah ketidakupayaan, termasuk
tetapi tidak terhad kepada individu kurang upaya fizikal
yang memerlukan sokongan belakang dan/atau tempat
letak tangan untuk kekal dalam posisi duduk serta ban-
tuan untuk duduk atau bangun dari kerusi.
Kontraindikasi:
Tiada kontraindikasi yang diketahui.
Amaran
Amaran yang menerangkan elemen risiko bagi suatu
tindakan atau tetapan tertentu terhadap produk ini
boleh didapati di bahagian yang berkaitan.
= Aksesori-aksesori
Pengisytiharan pematuhan
Peranti ini memenuhi syarat Peraturan Peranti Perubatan
(EU) 2017/745.
Peranti ini diuji dan memenuhi syarat EN ISO 10993-1,
SS EN 12182.
Maklumat prapembelian
Maklumat prapembelian boleh didapati di www.etac.com.
Kejadian buruk
Sekiranya berlaku kejadian buruk berkaitan dengan
penggunaan peranti, sila laporkan kepada pengedar
tempatan dan pihak berkuasa kompeten negara secepat
mungkin. Pengedar tempatan akan menyampaikan
maklumat tersebut kepada pengilang.
Penyesuaian
adalah semua yang melampaui arahan dan tetapan
manual. Peranti yang diubahsuai khas oleh pelanggan
tidak boleh mengekalkan tanda Etac CE. Tempoh waranti
Etac tamat.
Jika tidak pasti tentang apa-apa perkara berkaitan
pelaksanaan penyesuaian, sila hubungi Etac. Peranti yang
digabungkan dengan produk lain tidak boleh mengekalkan
tanda peranti CE melainkan terdapat persetujuan
gabungan. Hubungi Etac untuk maklumat terkini.
78
Periksa sensitiviti pengguna terhadap ulser tekanan
sebelum guna
Peranti yang rosak tidak boleh digunakan.
Peranti yang panas boleh menyebabkan kulit melecur
Bahagian badan akan terhimpit semasa pemasangan
atau pengeluaran pan
Abaikan pemasangan atau arahan pemasangan
sekiranya mengakibatkan kecederaan.

Publicidad

loading

Este manual también es adecuado para:

Clean 44Clean 49Clean 55Clean 60Clean 24"Clean h. adj.