r
Palam Pencucuh - Alat dalam kepala silinder enjin yang menyalakan campuran
bahan api dengan menggunakan pencucuh elektrik.
s
kawalan cekik - Digunakan apabila menghidupkan enjin yang sejuk.
t
suis Menghidupkan enjin (Pemula elektrik) - Pusing kunci ke menghidupkan
(
) posisi untuk menghidupkan enjin. Pusing kunci ke tutup (O) posisi untuk
mematikan enjin.
u
Lampu amaran kurang Minyak - Lampu amaran kurang minyak direka untuk
mengelakkan kerosakan enjin yang disebabkan oleh minyak enjin yang tidak
mencukupi.
operasi
1
Gambarajah
Pengikat Pembumian
Penjana ini dilengkapkan dengan pengikat pembumian (F). Peraturan-peraturan elektrik
tempatan mungkin memerlukannya disambungkan kepada sambungan bumi yang
bersesuaian. Neutral penjana adalah berapung, bererti belitan pemegun arus ulang-alik
(AC) adalah terasing daripada pengikat pembumian dan pin bumi soket arus ulang-alik.
Peralatan elektrik seperti RCD, yang memerlukan neutral yang dibumikan mungkin
tidak dapat berfungsi dengan baik dari penjana ini.
keperluan khas
Mungkin terdapat undang-undang Persekutuan, tempatan atau ordinan-ordinan
yang dikenakan kepada penggunaan penjana ini. Sila bincang dengan juruelekterik,
pemeriksa elektrik, atau agensi tempatan yang mempunyai bidang kekuasaan:
• Penjana ini mempunyai neutral yang berapung dan bukan untuk digunakan bagi
kerja di tapak yang memerlukan neutral terikat.
6
7
Gambarajah
Lokasi Penjana
aMaran BAHAYA GAS BERACUN. Ekzos enjin mengandungi karbon
monoksida, gas beracun yang boleh membunuh anda dalam masa
beberapa minit. Anda TIDAK BOLEH melihatnya, menghidunya atau
merasanya. Walaupun anda tidak menghidu asap ekzos, anda masih
boleh terdedah kepada gas karbon monoksida. Jika anda mula berasa
sakit, pening atau lemah semasa menggunakan produk ini, matikannya dan pergi
ke kawasan udara segar DENGAN SEGERA. Berjumpa doktor. Anda mungkin
mengalami keracunan karbon monoksida.
• Kendalikan produk ini HANYA di kawasan luar jauh dari tingkap, pintu dan bolong
untuk mengurangkan risiko gas karbon monoksida daripada terkumpul dan
berpotensi untuk memasuki ruang yang berpenghuni.
• Pasangkan penggera karbon monoksida berbateri atau pasangkan penggera
karbon monoksida dengan bateri simpanan mengikut arahan pengeluar. Penggera
asap tidak dapat mengesan gas karbon monoksida.
• JANGAN jalankan produk ini di dalam rumah, garaj, ruang bawah tanah, ruang
rangkak, bangsal, atau kawasan separa tertutup lain walaupun menggunakan kipas
atau membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan. Karbon monoksida boleh
terkumpul dengan cepat di dalam ruang ini dan boleh berlegar selama berjam-
jam, walaupun selepas produk telah dimatikan.
• SENTIASA letakkan produk ini mengikut arah angin dan halakan ekzos enjin ke
luar dari ruangan yang dihuni.
8
1
8
Gambarajah
Menghidupkan enjin
NOTIS Enjin ini dihantar tanpa minyak. Sebelum anda menghidupkan enjin,
pastikan anda menambahkan minyak mengikut arahan dalam panduan ini. Jika anda
menghidupkan enjin tanpa minyak, ia akan mengalami kerosakan yang tidak dapat
diperbaiki dan tidak akan dilindungi di bawah waranti.
NOTIS Sebelum anda menghidupkan enjin, pastikan bahawa semua alat elektrik dibuka
dari soket penjana.
1. Pastikan penjana berada di atas permukaan yang rata dan stabil.
NOTIS Kegagalan untuk menghidupkan dan menggunakan penjana ini pada permukaan
yang rata dan stabil akan mengakibatkan unit ini tidak dapat dihidupkan atau dimatikan
semasa beroperasi.
2. Pusing injap bahan api (P) ke posisi pasang (i).
3. Tarik kawalan cekik (c) keluar untuk menutup cekik (
4A. Untuk pemulaan elektrik, pusing dan pegang kunci dalam suis pemulaan (a) ke
kedudukan pemulaan (
) sehingga penjana dihidupkan. Untuk memanjangkan
hayat komponen pemula, JANGAN pegang kunci di kedudukan pemulaan
(
) untuk lebih daripada 15 saat, dan berhenti sekurang-kurangnya 1 minit di
antara percubaan untuk menghidupkannya.
•
Jika enjin dihidupkan, teruskan ke langkah 6.
•
Jika enjin gagal untuk dihidupkan, teruskan ke langkah 5.
NOTIS Jika bateri dinyahcas, gunakan arahan permulaan manual.
aMaran Anjalan (penarikan balik pantas) kord pemula akan menarik tangan
dan lengan ke arah enjin lebih pantas daripada anda boleh
melepaskannya yang boleh menyebabkan tulang patah, keretakan, lebam
atau terseliuh lantas mengakibatkan kecederaan serius.
• Semasa menghidupkan enjin, tarik kord perlahan-lahan sehingga rintangan dirasai
dan kemudian tarik dengan cepat untuk mengelakkan anjalan.
• JANGAN memulakan atau menghentikan enjin dengan peranti elektrik yang
dipasang dan dihidupkan.
4B. Untuk pemulaan manual, pusing kunci dalam suis permulaan ke kedudukan
berjalan (i), pegang pemegang anjalan (n) dan tarik perlahan-lahan sehingga
terasa sedikit rintangan. Kemudian tarik satu kali sahaja dengan pantas untuk
menghidupkan enjin.
•
Jika enjin dihidupkan, teruskan ke langkah 6.
•
Jika enjin gagal untuk dihidupkan, teruskan ke langkah 5.
5. Tolak pemegang cekik separuh jalan, pusing kunci dalam suis permulaan ke
kedudukan berjalan (i) dan tarik pemegang anjalan dua kali atau pusing dan
pegang kunci dalam suis permulaan ke kedudukan bermula (
diterangkan dalam langkah 4A.
•
Jika enjin gagal untuk dihidupkan, ulangi langkah 3 hingga 4.
6. Buka cekik dengan perlahan-lahan sementara enjin dipanaskan dengan menolak
pemegang cekik ke dalam.
NOTIS Jika enjin dibanjiri, tolak pemegang cekik sehingga ke dalam dan engkol
sehingga enjin dihidupkan.
NOTIS Jika enjin dihidupkan selepas 3 tarikan tetapi gagal untuk berfungsi, atau jika
penjana tertutup semasa beroperasi, pastikan bahawa penjana berada di permukaan
yang rata dan periksa tahap minyak adalah berpatutan dalam bekas engkol. Penjana ini
dilengkapkan dengan alat perlindungan untuk tahap minyak yang rendah. Jika begitu,
minyak mesti berada pada tahap yang betul supaya enjin dapat dihidupkan.
aMaran Haba/gas ekzos boleh menyalakan bahan mudah terbakar, struktur
atau merosakkan tangki bahan api dan menyebabkan
kebakaran, mengakibatkan kematian, kecederaan serius dan/
atau kerosakan harta benda.
Terkena kawasan peredam bunyi boleh mengakibatkan luka terbakar yang serius.
• JANGAN sentuh bahagian panas dan ELAKKAN gas ekzos panas.
• Biarkan peralatan menyejuk sebelum menyentuh.
• Pastikan terdapat sekurang-kurangnya 1.5 m (5 kaki) kelegaan pada semua sisi
penjana termasuk bahagian atas
• Hubungi pengeluar peralatan asal, peruncit, atau wakil jualan untuk mendapatkan
penangkap percikan yang direka untuk sistem ekzos yang dipasang pada enjin ini.
• Penggantian bahagian mesti sama dan dipasang dalam kedudukan yang sama
seperti bahagian asal.
).
) seperti yang
Briggsandstratton.coM