Penyelenggaraan Enjin - Briggs & Stratton GS2200 Manual De Instrucciones

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 18
Penyelengaraan enjin
aMaran Percikan yang tidak sengaja boleh menyebabkan kebakaran atau
kejutan elektrik yang mengakibatkan kematian atau kecederaan
serius.
aPaBiLa MeLaraskan atau MeMBuat PeMBaikan kePada Penjana anda
• Putuskan sambungan wayar palam pencucuh dari palam pencucuh dan tempatkan
wayar di mana ia tidak boleh terkena palam pencucuh.
seMasa Menguji untuk cucuHan enjin
• Gunakan penguji palam pencucuh yang diluluskan.
• JANGAN periksa percikan ketika palam pencucuh dikeluarkan.
Penyelarasan kelajuan karburetor dan enjin
Jangan sekali-kali membuat penyelarasan terhadap kelajuan karburetor atau enjin.
Karburetor telah ditetapkan di kilang untuk beroperasi dengan cekap di bawah
kebanyakan keadaan. Jangan kacau spring pengawal, rangkaian, atau bahagian-
bahagian lain untuk mengubah kelajuan enjin. Jika penyelarasan diperlukan, jumpa
pengedar Briggs & Stratton yang sah.
aMaran Kelajuan operasi yang sangat tinggi akan mengakibatkan kecederaan
ringan dan/atau kerosakan penjana.
Kelajuan yang sangat rendah adalah membebankan.
• JANGAN mengusik spring pengawal, penyambung atau bahagian-bahagian lain
untuk meningkatkan kelajuan enjin.
• JANGAN mengubah suai penjana dalam apa cara sekali pun.
Minyak
Penyaranan Minyak
Kami menyarankan supaya anda menggunakan minyak-minyak Briggs & Stratton yang
Berwaranti Sah bagi prestasi yang terbaik. Minyak pencuci berkualiti tinggi yang lain
boleh digunakan jika diklasifikasikan untuk servis SF, SG, SH, SJ atau lebih tinggi.
JANGAN menggunakan bahan tambah.
Suhu di luar menentukan kelikatan minyak yang sesuai untuk enjin. Gunakan carta
untuk memilih kelikatan yang terbaik bagi julat suhu di luar yang dijangkakan.
* Di bawah 4°C (40°F) penggunaan SAE 30 akan menyebabkan permulaan yang sukar.
** Di atas 27°C (80°F) penggunaan 10W30 mungkin mengakibatkan penggunaan
minyak yang lebih banyak. Periksa tahap minyak dengan lebih kerap.
12
Memeriksa Tahap Minyak
gambarajah
Ahap minyak harus diperiksa sebelum setiap penggunaan atau sekurang-kurangnya 8
jam setelah beroperasi. Kekalkan tahap minyak.
1. Pastikan penjana berada di atas permukaan yang rata.
2. Bersihkan kawasan di sekitar tangki minyak (g), buka penutup minyak/batang
celup dan lap batang celup dengan kain yang bersih. Masukkan semula batang
celup. Keluarkan dan periksa tahap minyak.
NOTIS JANGAN skru batang celup ke dalam apabila memeriksa tahap minyak.
3. Sahkan yang minyak berada pada tanda penuh (a) pada batang celup.
Masukkan dan ketatkan penutup minyak/batang celup.
Menambahkan Minyak enjin
1. Pastikan penjana berada di atas permukaan yang rata.
2. Periksa tahap minyak seperti yang telah diterangkan dalam Memeriksa Tahap
Minyak.
3. Jika perlu, tuang minyak dengan perlahan-lahan ke dalam lubang tangki minyak
sehingga tanda penuh pada batang celup. JANGAN isi terlalu penuh.
NOTIS ika diisi terlalu penuh dengan minyak boleh menyebabkan enjin tidak dapat
dihidupkan, atau permulaan yang sukar.
• JANGAN isi terlalu penuh.
• Jika melebihi tanda penuh pada batang celup, buang minyak untuk mengurangkan
tahap minyak kepada tahap penuh pada batang celup.
4. Tutup dan ketatkan penutup minyak/batang celup.
Menukar Minyak enjin
Jika anda menggunakan penjana anda dalam keadaan yang sangat kotor atau berhabuk,
atau dalam cuaca yang sangat panas, tukar minyaknya dengan lebih kerap.
aMaran Elakkan sentuhan kulit yang berpanjangan atau berulang kali dengan
minyak motor terpakai.
• Minyak motor terpakai telah dibuktikan mengakibatkan barah kulit terhadap
haiwan makmal yang tertentu.
• Cuci kawasan yang terdedah hingga bersih menggunakan sabun dan air.
JAUHI DARIPADA CAPAIAN KANAK-KANAK. JANGAN MENCEMAR.
JIMATKAN SUMBER. KEMBALIKAN MINYAK YANG TERPAKAI KE PUSAT
PENGUMPULAN.
tukar minyak sementara enjin masih panas dari beroperasi, seperti yang berikut:
1. Pastikan penjana berada di atas permukaan yang rata.
2. Buka sambungan wayar palam pencucuh dari palam pencucuh dan letakkan
wayar di mana ia tidak dapat menyentuh palam pencucuh.
3. Bersihkan kawasan di sekitar palam penyalur minyak (H). Palam penyalur
minyak boleh didapati di dasar enjin, bertentangan dengan karburetor.
4. Buka palam penyalur minyak dan salurkan semua minyak keluar ke dalam bekas
yang sesuai.
5. Tutup semula palam penyalur minyak dan ketatkan. Buka penutup tangki
minyak/batang celup.
6. Ulangi langkah 3 dan 4 untuk menambahkan minyak enjin seperti yang
diterangkan dalam Menambahkan Minyak Enjin.
7. Lap sebarang tumpahan minyak.
4
1
2
Briggsandstratton.coM

Publicidad

Tabla de contenido

Solución de problemas

loading

Este manual también es adecuado para:

Gs3500Gs5500Gs5500e

Tabla de contenido