Bahasa Melayu; Tujuan Penggunaan - PROVOX FreeHands FlexiVoice Set Plus Manual Del Usuario

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 44

BAHASA MELAYU

1. Maklumat Perihalan

1.1 Tujuan Penggunaan

Provox FreeHands FlexiVoice menggabungkan pemulihan paru-paru
menggunakan Penukar Haba dan Kelembapan dengan pemulihan suara
menggunakan Injap Percakapan Automatik atau Oklusi Manual, pada pesakit
yang telah menjalani laringektomi menggunakan prostesis suara.
1.2 KONTRAINDIKASI
Provox FreeHands FlexiVoice tidak bertujuan untuk digunakan oleh pesakit
yang tidak berupaya mengeluarkan atau mengendalikan peranti ini, melainkan
pesakit di bawah seliaan tetap klinisian atau penjaga terlatih. Sebagai contoh,
pesakit yang tidak berupaya untuk menggerakkan tangan mereka, pesakit
dengan tahap kesedaran yang berkurang, atau pesakit dengan penyakit yang
meletakkan mereka dalam risiko kehilangan kesedaran yang berkala.
1.3 Perihalan peranti
Provox FreeHands FlexiVoice mengandungi dua bahagian yang dipasang
bersama-sama, injap bercakap untuk kegunaan pesakit tunggal dan kaset
HME pakai buang (Raj. 1).
Injap bercakap diperbuat daripada plastik dan membran diperbuat daripada
silikone. Kaset HME diperbuat juga daripada plastik dan busa poliuretana
dirawat garam.
Injap bercakap mempunyai dua mod; Mod Bercakap Automatik dan Mod
Terkunci (Raj. 2). Memutarkan bahagian atas injap bercakap menggerakkan
peranti ke dalam kedudukan bercakap automatik atau terkunci. Bercakap boleh
dilakukan dengan menggunakan injap bercakap automatik dan dengan oklusi
manual bukaan di hadapan. Oklusi manual boleh dilakukan pada kedua-dua mod.
Injap bercakap adalah dalam mod bercakap automatik semasa membran
fleksibel tidak dikunci oleh cangkuk (Raj. 3). Dalam mod bercakap automatik,
membran boleh ditutup secara automatik dengan udara hembusan. Udara
tersebut kemudiannya diarahkan semula melalui prostesis suara. Membran
terbuka semula secara automatik semasa menyedut nafas.
Dalam mod terkunci, membran fleksibel dikunci oleh cangkuk yang masuk ke
dalam gelung dalam membran (Raj 4). Ini menggelakkan membran daripada
tertutup semasa bernafas dengan kuat, sebagai contoh, semasa aktiviti fizikal.
Terdapat empat injap bercakap yang berbeza, setiap daripadanya mempunyai
kekuatan membran yang berbeza: ringan, sederhana, kuat dan sangat kuat.
Pada bahagian membran yang tertonjol pada bahagian atas peranti, terdapat 1, 2,
3 atau 4 titik yang kelihatan. Bilangan titik mewakili kekuatan membran (Raj. 5).
1 titik = Membran Light (paling mudah tertutup)
2 titik = Membran Medium
3 titik = Membran Strong
4 titik = Membran XtraStrong
Arch ialah aksesori yang boleh digunakan dengan Provox FreeHands FlexiVoice
untuk menjauhkan fabrik daripada bukaan peranti. Ia hanya perlu ditekan pada
bahagian depan Provox FreeHands FlexiVoice (Raj. 6). Sila ambil perhatian
bahawa pada sesetengah kedudukan, Arch boleh menyekat kemungkinan
oklusi manual.
166

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Productos relacionados para PROVOX FreeHands FlexiVoice Set Plus

Tabla de contenido