PROVOX FreeHands FlexiVoice Set Plus Manual Del Usuario página 170

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 44
Awas: Jangan gunakan injap bercakap sehingga ia kering sepenuhnya.
Penyedutan wasap penyahjangkit boleh menyebabkan batuk yang teruk
dan kerengsaan saluran udara.
2.3 Arahan penyimpanan
Apabila tidak digunakan, bersihkan dan nyahjangkit injap bercakap seperti
diterangkan di atas dan kemudian simpan ia dalam bekas bersih dan tertutup
pada suhu bilik. Lindung daripada cahaya matahari terus.
2.4 Masa hayat peranti
Injap Bercakap Provox FreeHands FlexiVoice boleh digunakan selama 6 bulan
maksimum selagi ia dalam keadaan baik dan berfungsi seperti yang diharapkan.
Penggunaan melebihi masa ini boleh menyebabkan fungsi injap yang tidak
betul, cth., penutupan dan/atau bukaan tertangguh, kebocoran udara dan
peningkatan bunyi penutupan, dan/atau perubahan lain pada fungsi kerana
peranti sudah lama.
Kaset HME adalah untuk kegunaan tunggal.
2.5 Pelupusan
Sentiasa ikuti amalan perubatan dan keperluan kebangsaan berkenaan biobahaya
apabila melupuskan peranti perubatan yang telah digunakan.
2.6 Aksesori
Awas: Gunakan hanya komponen asli. Aksesori lain boleh menyebabkan
pincang tugas produk.
Provox HME Cap ialah gelang berbentuk kubah yang boleh digunakan semula
yang membolehkan anda menggunakan kaset HME semasa tidur, atau tanpa
penggunaan Injap Bercakap Provox FreeHands FlexiVoice. Provox HME Cap
diperbuat daripada titanium.
Peranti pemasangan Provox HME ialah produk yang digunakan untuk
memegang produk Provox HME system di hadapan stoma, cth., Pelekat Provox,
Provox LaryTubes dan Provox LaryButtons.
Removal Aid boleh digunakan untuk membantu mengeluarkan HME dari
injap bercakap.
3. Maklumat penyelesaian masalah
Dalam keadaan bermasalah semasa penggunaan, keluarkan dan periksa peranti.
Di bawah adalah masalah lazim dan tindakan yang disarankan.
"Peranti bocor" – Periksa injap bercakap bagi sebarang kebocoran atau
kerosakan. Gantikan peranti jika ia rosak. Bersihkan peranti seperti yang
diterangkan dalam bahagian "Membersih dan menyahjangkitan". Juga
periksa peranti pemasangan dan kaset HME dan gantikan jika perlu. Jika
masih terdapat kebocoran selepas proses pembersihan, gantikan dengan injap
bercakap yang baharu.
"Peranti tertutup jika saya meningkatkan pernafasan sedikit sahaja" –
Gunakan peranti dengan membran yang lebih kuat. Cara lain, gunakan membran
yang lebih kuat semasa menjangkakan aktiviti fizikal.
"Membran tertutup semasa saya bernafas dengan kuat" – Penutupan tanpa
sengaja boleh berlaku semasa bernafas dengan kuat. Untuk menggelakkan
ini, gunakan kedudukan mod terkunci untuk peranti dalam situasi yang dapat
diramalkan. Masih terdapat kemungkinan untuk bercakap menggunakan
oklusi manual. Buka kunci peranti semula untuk membolehkan pertuturan
bebas tangan (Raj. 2).
170

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Productos relacionados para PROVOX FreeHands FlexiVoice Set Plus

Tabla de contenido