PROVOX FreeHands FlexiVoice Set Plus Manual Del Usuario página 171

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 44
"Membran tidak tertutup" – Pertama sekali, periksa yang peranti telah
ditetapkan dalam mod bercakap. Periksa kedudukan injap bercakap dan
membran. Membran boleh tersangkut di belakang cangkuk. Ini mungkin
berlaku selepas diletakkan semula dengan salah semasa batuk. Letakkan dengan
perlahan-lahan membran dengan betul di antara cangkuk dan lubang (Raj. 3).
Jika anda menjumpai sebarang kerosakan pada injap bercakap, gantikan ia.
"Membran terkeluar semasa saya bercakap" – Membran terlalu ringan
untuk anda. Cuba gunakan membran yang lebih kuat.
"Membran terkeluar semasa saya batuk" – Ini adalah normal. Keluarkan
peranti dengan kaset HME terpasang daripada pelekat. Letakkan membran
semula pada kedudukan dengan menggunakan jari anda (Raj. 14). Jika ini
berlaku dengan kerap, anda mungkin perlu mencuba membran yang lebih kuat.
"Komponen injap bercakap tertanggal" – Jangan cuba untuk memasang
semula. Gantikan peranti.
"Sukar untuk bernafas" – Kaset HME mungkin tersumbat dengan mukus.
Tukar kepada kaset HME baharu dan periksa semula. Jika masalah ini berterusan,
bersihkan peranti mengikut bahagian "Membersihkan dan menyahjangkitan".
Periksa peranti dan pastikan ia tidak rosak. Gantikan jika rosak.
"Kain yang saya gunakan untuk menutup leher saya mengganggu pernafasan
saya" – Pasang Arch yang disediakan pada injap bercakap (Raj. 6).
"Saya terdengar bunyi meletup semasa saya mula bercakap" – Cuba
memulakan pertuturan anda dengan perlahan-lahan, dalam keadaan kurang
mendadak. Cuba membran yang lebih kuat yang tertutup dengan kurang
mendadak.
"Saya terdengar udara terlepas semasa saya mula bercakap" – Cuba
memulakan pertuturan anda dengan cara yang lebih tiba-tiba supaya membran
tertutup dengan lebih cepat. Cuba membran yang lebih ringan yang tertutup
lebih cepat.
4. Maklumat tambahan
4.1 Kesesuaian dengan Pemeriksaan MRI
MR-Safe: Peranti ini tidak mempunyai sebarang unsur logam dan tidak
mempunyai potensi bagi sebarang interaksi dengan medan MRI.
4.2 Penggunaan perjalanan atau antarabangsa
Provox FreeHands FlexiVoice dan HME adalah bebas logam dan lut cahaya
sinar-X. Semasa berjalan ke negara lain, pastikan anda mempunyai produk
bersama anda. Juga pastikan anda membersihkan peranti dalam air minuman.
Lawati www.atosmedical.com dan/atau hubungi pejabat Atos Medical setempat
anda untuk maklumat hubungan bagi penggantian produk.
5. Pelaporan
Sila ambil perhatian bahawa sebarang kejadian serius yang berlaku berkaitan
dengan peranti itu hendaklah dilaporkan kepada pengilang dan pihak berkuasa
kebangsaan bagi negara tempat pengguna dan/atau pesakit itu berada.
171

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Productos relacionados para PROVOX FreeHands FlexiVoice Set Plus

Tabla de contenido