Descargar Imprimir esta página

3M 9681 Manual Del Usuario página 399

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 53
Pemotong Pembedahan Profesional 9681 3M™
Penerangan Produk
Pemotong Pembedahan Profesional 9681 3M™ ialah pemotong tanpa kord, boleh cas semula
dan kendalian bateri yang terdiri daripada badan pemotong, cagak pengecas lepas dengan kord
(REF9682*), dan pemasangan bilah sekali guna (REF9680). *9683, 9683B, 9684, 9685, dan 9686:
pengecas lepas tambahan dengan kord.
Sila laporkan kejadian serius yang berlaku berhubung dengan peranti kepada 3M dan pihak
berkuasa setempat yang kompeten.
Indikasi untuk Penggunaan
Pemotong Pembedahan Profesional 9681 3M™ ini bertujuan untuk membuang bulu badan dan
rambut kepala yang basah atau kering dari mana‑mana pesakit oleh profesional penjagaan kesihatan
sebagai persediaan untuk apa‑apa prosedur perubatan yang memerlukan bulu dan rambut dibuang.
Alat ini bertujuan untuk digunakan di dalam hospital, klinik, pusat pembedahan ambulatori atau
kemudahan perubatan lain. Alat ini bukan dimaksudkan untuk penggunaan di dalam rumah. Tidak
diuji untuk digunakan dalam persekitaran perkhidmatan perubatan kecemasan mudah alih (EMS).
Amaran
AMARAN: Menunjukkan situasi berbahaya yang, jika tidak dielakkan, boleh menyebabkan kematian
atau kecederaan yang serius.
Amaran‑ untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kebakaran dan letupan, yang jika
tidak dielakkan boleh menyebabkan kecederaan yang serius atau kematian dan/atau kerosakan
pada harta:
• Jangan kendalikan pemotong apabila terdapat produk aerosol (sembur), campuran anestetik
mudah bakar dengan udara, peralatan selain jenis nasal atau topeng yang digunakan yang
mengeluarkan nitrus oksida atau oksigen.
• Jangan gunakan pemotong pada pesakit yang pakaiannya dibasahi dengan larutan mudah
bakar seperti gasolin, pelincir bahan bakar, pelarut, dsb.
• Elakkan daripada menggunakan alkohol mudah bakar atau larutan pembersihan yang serupa.
Jika alkohol digunakan untuk membersihkan pemotong, pastikan pemotong tersebut dan
kawasan sekelilingnya dialihudarakan daripada wasap sebelum memalamkan pengecas lepas
dengan kord atau menghidupkan pemotong.
Amaran‑ untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan voltan yang berbahaya, yang jika
tidak dielakkan boleh menyebabkan kematian atau kecederaan yang serius:
• Jangan cuba palamkan atau cabut palam pengecas lepas dengan kord dari alur keluar elektrik
menggunakan tangan yang basah.
• Cabut palam pengecas lepas dengan kord sebelum melakukan pembersihan.
• Jangan letakkan atau simpan pengecas dengan kord lepas di tempat pengecas itu boleh
terjatuh atau tertarik ke dalam tab atau sinki air.
• Jangan ambil pengecas lepas dengan kord yang telah terjatuh atau termasuk di dalam air atau
larutan lain. Cabut palam kord dari aur keluar dinding dengan segera.
• Jangan sekali‑kali caskan pemotong jika kord atau palam pengecas lepas telah rosak; jika
tidak berfungsi dengan betul, jika telah terjatuh atau rosak, atau jika pengecas lepas telah
terjatuh ke dalam air.
• Jangan masukkan ke dalam api atau rosakkan pek bateri semasa pelupusan kerana pek bateri
boleh meletup atau melepaskan bahan toksik.
• Jangan litar pintaskan pek bateri dengan menyambungkan sesentuh bateri dengan bahagian
logam atau konduktif kerana ini boleh menyebabkan lecur.
• Jangan cuba tukarkan pek bateri. Ini boleh menyebabkan risiko kebakaran atau
kejutan elektrik.
• Jangan caskan pemotong dalam lingkungan 1.5 meter (4.9 kaki) dari pesakit.
398
ms
z

Publicidad

loading