Descargar Imprimir esta página

3M 9681 Manual Del Usuario página 403

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 53
Mengecas Pemotong Kendalian Bateri 9681:
Untuk mengecaskan pemotong:
1. Tekan butang ON/OFF (HIDUP/MATI) kepada kedudukan OFF (MATI).
2. Bersihkan badan pemotong sebelum mengembalikan pemotong ke pengecas lepas, dengan
memastikan sesentuh pemotong dan pengecas itu bersih dan bebas daripada bulu atau
rambut atau kontaminan lain.
3. Sambungkan kord pengecas lepas pada alur keluar elektrik yang sesuai, dan memastikan
kordnya tidak terjepit atau terpiuh.
4. Untuk memastikan bahawa pemotong 9681 dicaskan sepenuhnya, palamkan selama 4 jam
sebelum penggunaan awal dan selepas setiap penggunaan.
5. Kami mengesyorkan agar badan pemotong dibiarkan di dalam pengecas lepas ketika tidak
digunakan. Alat ini tidak boleh dilampau caskan.
Penyimpanan/ Hayat Simpan/Pelupusan
Keadaan penyimpanan dan pengangkutan:
‑20°C hingga 45°C, <75% RH, 86 hingga 106kPa
Keadaan operasi:
30% hingga 75% RH, 70 hingga 106kPa
0°C hingga 29°C: tiada kitaran tugas
>30°C to 35°C: menggunakan kitaran tugas 30 minit hidup diikuti oleh 20 minit mati
Pengeluaran Pek Bateri 9681
Badan pemotong mengandungi bateri Litium‑Ion (Li‑Ion) yang boleh dikitar semula, yang tidak
dimaksudkan untuk ditukar. Apabila pemotong boleh cas anda mencapai hayat bergunanya, pek
bateri mesti dikeluarkan dari pemotong dan dikitar semula atau dilupuskan dengan betul mengikut
keperluan tempatan, negeri dan/atau kerajaan anda. Pelupusan bateri Li‑ion sebagai bahan buangan
pejal perbandaran adalah dilarang
Prosedur di bawah menerangkan tentang pengeluaran pek bateri untuk tujuan pelupusan yang
wajar. Buang pemotong selepas pek bateri telah dikeluarkan.
1. Pastikan butang ON/OFF (HIDUP/MATI) berada di kedudukan OFF (MATI).
2. Keluarkan pemasangan bilah pemotong pakai buang.
3. Keringkan pemotong dan tangan sepenuhnya.
4. Keluarkan tiga skru perumahan.
5. Tarik atau kopek bahagian atas dan bawah perumahan sehingga terbuka dari atas.
6. Tarik keluar motor dan pek bateri.
7. Tarik keluar bateri Li‑ion dari pemasangan.
8. Kitar semula pek bateri atau lupuskan dengan sewajarnya.
402

Publicidad

loading