Descargar Imprimir esta página

3M 9681 Manual Del Usuario página 400

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 53
• Jangan caskan berdekatan dengan air.
Amaran‑ untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kontaminasi silang, yang jika tidak
dielakkan boleh menyebabkan kematian atau kecederaan yang serius:
• Jangan gunakan semula pemasangan bilah pemotong. Penggunaan satu pesakit sahaja.
• Sentiasa bersihkan badan pemotong selepas digunakan pada setiap pesakit.
Awas
AWAS: Menunjukkan situasi berbahaya yang, jika tidak dielakkan, boleh menyebabkan kecederaan
ringan atau sederhana.
Awas‑ untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kebakaran dan voltan yang berbahaya,
yang jika tidak dielakkan boleh menyebabkan kecederaan ringan atau sederhana dan/atau
kerosakan pada harta:
• Jangan sterilkan badan pemotong, pengecas lepas dengan kord atau pemasangan bilah.
• Hanya gunakan sambungan yang disyorkan oleh pengeluar.
• Sentiasa simpan pemotong dan pengecas lepas dengan kord di dalam kawasan yang
bebas lembapan.
• Jangan cuba tukarkan bateri di dalam pemotong.
• Jangan usik komponen dalam peranti. Tiada bahagian yang boleh diserviskan oleh pengguna
di dalam peranti ini.
• Jangan caskan pemotong di luar bangunan.
• Pastikan pengecas lepas dengan kord berada jauh dari permukaan yang panas.
• Lihat plat rating pada unit kord pengecas lepas untuk mendapatkan voltan alur keluar dinding
yang betul.
• Peranti ini boleh menyebabkan Gangguan Elektromagnet (EMI). Jika ini berlaku, pisahkan
produk dari peranti yang terlibat.
• Penggunaan aksesori lain selain yang ditetapkan boleh menyebabkan peningkatan dalam
pelepasan atau berkurangnya imuniti pemotong.
• Jangan rendamkan pemotong di dalam air atau larutan lain lebih dalam dari 6 ini atau lebih
lama dari 15 minit.
• Jangan tanggalkan pemotong semasa hayat berguna pemotong kerana ini boleh menjejaskan
pembinaan kedap air pemotong itu.
Awas‑ untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kontaminasi alam sekitar, yang jika
tidak dielakkan boleh menyebabkan kecederaan ringan atau sederhana:
• Pada akhir hayat produk, lupuskan semua komponen mengikut peraturan kerajaan anda.
• Lupuskan bateri dengan betul mengikut keperluan tempatan, negeri dan/atau kerajaan anda.
• Jangan usik komponen di dalam peranti. Tiada bahagian yang boleh diserviskan oleh
pengguna di dalam peranti ini.
Awas‑ untuk mengurangkan risiko yang berkaitan dengan luka atau melecet pada kulit, yang jika
tidak dielakkan boleh menyebabkan kecederaan ringan atau sederhana:
• Jangan gunakan pemotong dengan pemasangan bilah pemotong yang rosak atau pecah.
• Jangan potong dengan cara mengais kerana teknik ini boleh merosakkan kulit pesakit.
Awas‑ untuk mengurangkan risiko lecur, yang jika tidak dielakkan boleh menyebabkan
kecederaan ringan atau sederhana:
• Suhu bilah boleh mencapai 50°C (122°F) dan ke atas selepas diguna dalam tempoh
yang lama.
• Jangan biarkan bilah di lokasi yang sama pada kulit lebih lama dari satu saat.
• Jika digunakan dalam suhu >30°C hingga 35°C gunakan menggunakan kitaran tugas 30 minit
hidup diikuti dengan 20 minit mati.
399

Publicidad

loading