PROVOX LaryTube Manual De Instrucciones página 211

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 51
f) HME dan Pemegang Aksesori
g) Sayap
h) Cincin untuk sambungan pelekat
i) Lubang fenestrasi
1.4 AMARAN
• JANGAN guna semula Provox LaryTube yang telah digunakan dalam
pesakit lain. Peranti ini hanya untuk kegunaan pesakit tunggal. Penggunaan
semula pada pesakit lain boleh menyebabkan pencemaran silang.
• JANGAN gunakan gel pelincir jika pesakit mempunyai alahan yang
berkaitan dengan bahan-bahan ini.
• SILA pastikan yang pesakit telah dilatih dengan penggunaan peranti ini.
Pesakit harus menunjukkan keupayaan untuk memahami dan mengikuti
Arahan Penggunaan dengan konsisten tanpa pengawasan klinisian.
1.5 LANGKAH BERJAGA-JAGA
• Sentiasa gunakan Provox LaryTube daripada saiz yang sesuai. Sekiranya
Provox LaryTube terlalu lebar, terlalu sempit, terlalu panjang atau terlalu
pendek, ia boleh menyebabkan kerosakan tisu, pendarahan atau kerengsaan.
Di samping itu, ia mungkin lebih sukar untuk menghasilkan suara, kerana
LaryTube boleh menghalang prostesis suara. Memasukkan, mengeluarkan
dan menekan pada Kaset HME boleh memberi tekanan pada prostesis suara
jika Provox LaryTube tidak disaizkan dengan betul. LaryTube yang terlalu
sempit boleh menyebabkan stoma mengecut.
• JANGAN gunakan kekerasan semasa pemasukan. Sentiasa masukkan
dan keluarkan Provox LaryTube mengikut arahan di bawah. Jika produk
ditolak terlalu jauh ke dalam trakea, ia boleh menghalang pernafasan.
Penggunaan kekerasan semasa pemasukan boleh menyebabkan kerosakan
tisu, pendarahan atau kerengsaan dan penanggalan tidak sengaja prostesis
suara dan/atau XtraFlange jika digunakan.
• Jika fenestrasi diperlukan, pastikan ia dilakukan dengan Provox Fenestration
Punch. Ini akan memastikan yang lubang itu adalah kecil dan licin.
Lubang fenestrasi yang terlalu besar boleh menyebabkan penanggalan
prostesis suara atau XtraFlange. Lubang fenestrasi dengan tepi yang
tajam boleh menyebabkan pembentukan tisu granulasi. Pastikan tiada sisa
silikon tertinggal dalam lubang atau lumen daripada LaryTube selepas
pemfenestratan.
• JANGAN gunakan Provox LaryTube yang kotor atau tercemar. Bersihkan
dan nyahjangkit peranti mengikut arahan pembersihan dan penyahjangkitan
di bawah.
• JANGAN gunakan peranti yang rosak kerana ini boleh menyebabkan
penyedutan bahagian kecil atau menyebabkan pembentukan tisu granulasi.
211

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido