PROVOX LaryTube Manual De Instrucciones página 214

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 51
2.3 Pembersihan dan penyahjangkitan
AWAS: JANGAN bersihkan peranti semasa di dalam stoma. Ini boleh
menyebabkan kecederaan. Sentiasa keluarkan peranti dari stoma sebelum
dibersihkan.
Bersihkan Provox LaryTube selepas setiap penggunaan. Jangan gunakan
sebarang air selain daripada air minuman untuk membersihkan dan membilas
peranti.
AWAS: Berhati-hati supaya tidak melecurkan jari anda di dalam air pembersih
yang panas.
1.
Bilas Provox LaryTube dalam air minuman (Rajah 6a).
2.
Letakkan Provox LaryTube dalam sabun pinggan mangkuk bukan
berasaskan minyak (Rajah 6b).
3.
Bersihkan bahagian dalam tiub dengan Provox TubeBrush (Rajah 6c, 6h).
4.
Jika tiub berfenestrat digunakan, lubangnya perlu dibersihkan dengan
Berus Provox, lihat maklumat aturan (Rajah 6d, 6h).
5.
Bilas Provox LaryTube dalam air minuman (Rajah 6e).
6.
Nyahjangkit Provox LaryTube sekurang-kurangnya sekali sehari (Rajah
6f) dengan salah satu daripada kaedah berikut:
• Etanol 70% selama 10 minit
• Isopropil alkohol 70% selama 10 minit
• Hidrogen peroksida 3% selama 60 minit
AWAS: Jangan gunakan peranti ini sehingga ia benar-benar kering (Rajah 6g).
Penyedutan wasap bahan penyahjangkit boleh menyebabkan batuk yang teruk
dan kerengsaan saluran pernafasan.
Jika Provox LaryTube kelihatan kotor atau terdapat udara kering di kawasan yang
mempunyai risiko pencemaran, peranti harus dibersihkan dan dinyahjangkit
sebelum digunakan. Risiko pencemaran boleh wujud jika peranti telah jatuh di
atas lantai atau jika ia telah bersentuhan dengan haiwan kesayangan, seseorang
yang mengalami jangkitan pernafasan atau sebarang pencemaran kasar yang lain.
Semasa dimasukkan ke hospital, penting untuk membersihkan dan
menyahjangkit Provox LaryTube selepas digunakan tetapi juga sebelum
digunakan kerana terdapat peningkatan risiko jangkitan dan pencemaran.
Dalam hospital, lebih baik menggunakan air steril untuk membersih dan
membilas, daripada air minuman.
AWAS: Jangan bersihkan atau nyahjangkit dengan kaedah lain selain daripada
yang dinyatakan di atas kerana ini mungkin menyebabkan kerosakan produk
dan kecederaan pesakit.
214

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido