PROVOX LaryTube Manual De Instrucciones página 212

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 51
• Hanya gunakan pelincir larut air. Pelincir berasaskan minyak (cth., Vaseline)
boleh melemahkan, merosakkan atau memusnahkan produk dan tidak boleh
digunakan.
• Pantau dengan berhati-hati tisu trakeostoma semasa terapi sinaran. Berhenti
menggunakan peranti jika stoma menjadi merengsakan atau mula berdarah.
• Pesakit yang mengalami gangguan pendarahan atau pesakit yang
menggunakan bahan antigumpal tidak harus menggunakan peranti ini jika ia
menyebabkan pendarahan yang berulang.
• Berhenti menggunakan peranti ini jika tisu granulasi terbentuk dalam
trakeostoma.
• JANGAN bersihkan peranti semasa berada dalam stoma kerana ini boleh
menyebabkan kerosakan tisu. Sentiasa keluarkan peranti dari stoma sebelum
dibersihkan.
2. Arahan penggunaan
2.1 Persediaan
Memilih saiz yang betul
Diameter: Provox LaryTubes tersedia dalam 4 diameter berbeza, 8, 9, 10 dan
12. Ukur saiz trakeostoma (diameter terbesar) dengan pembaris dan muatkan
Provox LaryTube dengan betul. Dalam trakeostoma berbentuk tidak sekata,
mungkin sukar untuk mencapai kedap udara yang sesuai.
Panjang: Provox LaryTubes tersedia dalam 3 panjang berbeza, 27, 36 dan 55 mm.
Bagi membantu memilih saiz LaryTube untuk dipreskripsikan kepada
pesakit, klinisian boleh menggunakan Provox LaryTube Sizer Kit. Sizer Kit
tersebut mengandungi sampel ("penguji saiz") bagi Provox LaryTubes yang
tersedia secara komersial.
AWAS: Semasa pemasangan sentiasa pastikan yang LaryTube tidak tersangkut
pada bebibir trakea prostesis suara (Rajah 3).
Bersedia untuk pemasukan
Sebelum penggunaan pertama, periksa yang anda mempunyai saiz yang betul
dan pakej tidak rosak atau terbuka. Jangan gunakan jika sebaliknya.
Pastikan tangan anda benar-benar bersih dan kering sebelum meletakkannya
di kawasan stoma atau mengendalikan Provox LaryTube dan/atau aksesori.
Dapatkan cermin dan cahaya yang cukup untuk menerangi stoma.
Sentiasa memeriksa Provox LaryTube dengan berhati-hati SEBELUM SETIAP
PENGGUNAAN (iaitu sebelum pemasukan) dan pastikan yang ia tidak rosak
dan tidak menunjukkan tanda-tanda koyakan, retak atau lapisan keras. Jika
anda mengesan sebarang kerosakan, jangan gunakan produk tersebut dan
dapatkan gantian.
212

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido