Bahasa Melayu; Tujuan Penggunaan - PROVOX LaryTube Manual De Instrucciones

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 51
1. Maklumat perihalan

1.1 Tujuan Penggunaan

Provox LaryTube adalah pemegang bagi peranti dalam Provox HME System yang
bertujuan untuk pemulihan vokal dan paru-paru selepas laringektomi penuh.
Bagi pesakit yang mengalami trakeostoma mengecil, ia juga digunakan
untuk mengekalkan trakeostoma untuk bernafas.
Provox LaryTube adalah untuk kegunaan pesakit tunggal.
1.2 KONTRAINDIKASI
Provox LaryTube bukan untuk digunakan oleh pesakit yang:
• berada di bawah sebarang bentuk ventilasi mekanikal.
• mempunyai tisu trakea atau trakeostoma yang sudah rosak.
1.3 Perihalan peranti
Provox LaryTube adalah tiub yang diperbuat daripada getah silikon gred
perubatan. Tujuan peranti ini adalah untuk mencipta padanan yang selesa
dan kedap udara antara Provox LaryTube dan trakeostoma serta menyediakan
pelekapan untuk peranti daripada Provox HME System.
Ia dihantar dalam pek tunggal, tidak steril.
Terdapat 3 model: Standard, Berfenestrat dan dengan Cincin (Rajah 1).
Model Standard dan versi Cincin boleh difenestrat supaya udara dapat melalui
prostesis suara untuk pengguna prostesis suara. Lubang ditebuk dengan
menggunakan Provox Fenestration Punch mengikut Arahan Penggunaan
yang disertakan bersama Provox Fenestration Punch, lihat maklumat aturan.
Versi standard (Rajah 1a) –dibuat untuk digunakan dengan atau tanpa
prostesis suara.
Boleh disambungkan dengan Provox TubeHolder atau Provox LaryClips.
Versi berfenestrat (Rajah. 1b) – Bagi pengguna prostesis suara.
Boleh disambungkan dengan Provox TubeHolder atau Provox LaryClips.
Versi cincin (Rajah 1c) –dibuat untuk digunakan dengan atau tanpa prostesis
suara.
Hanya boleh disambungkan dengan Provox Adhesive.
Bahagian yang berbeza bagi Provox LaryTube ialah (Rajah 1d-i):
d) Tiub
e) Pelindung (kon)
210

BAHASA MELAYU

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido