PROVOX LaryTube Manual De Instrucciones página 215

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 51
2.4 Arahan penyimpanan
Apabila tidak digunakan, bersihkan dan nyahjangkit peranti seperti yang
diterangkan di atas dan kemudian simpan Provox LaryTube dalam bekas yang
bersih dan kering pada suhu bilik. Lindungi daripada cahaya matahari langsung.
2.5 Masa hayat peranti
Provox LaryTube boleh digunakan untuk tempoh maksimum 6 bulan. Jika peranti
menunjukkan sebarang tanda kerosakan, ia hendaklah digantikan lebih awal.
2.6 Pelupusan
Sentiasa ikut amalan perubatan dan keperluan negara berkaitan dengan biobahaya
apabila melupuskan peranti perubatan yang telah digunakan.
2.7 Aksesori
AWAS: Gunakan hanya komponen yang asli. Aksesori lain boleh menyebabkan
kerosakan dan/atau pincang tugas produk.
Beberapa peranti yang boleh digunakan dengan Provox LaryTube ialah:
• Kaset Provox HME (Penukar Haba dan Kelembapan)
• Provox FreeHands HME, untuk bercakap tanpa penyumbatan stoma manual.
• Provox ShowerAid yang boleh membantu mencegah air daripada memasuki
LaryTube semasa mandi.
• Provox TubeHolder atau Provox LaryClips boleh digunakan untuk sokongan
tambahan bagi menghalang Provox LaryTube daripada terkeluar dari stoma.
• Bagi Provox LaryTube dengan Cincin, Provox Adhesive digunakan sebagai
pelekat dan memastikan LaryTube melekat dengan kemas.
Sila lihat maklumat aturan untuk aksesori berbeza yang tersedia.
3. Maklumat penyelesaian masalah
Pendarahan stoma
Berhenti menggunakan peranti ini. Selepas trakeostoma sembuh, cuba
tingkatkan tempoh masa secara beransur-ansur apabila menggunakan peranti.
Jika walaupun jangka masa yang singkat menyebabkan pendarahan atau jika
pendarahan berterusan selepas mengeluarkan peranti, berhenti menggunakannya
dan berjumpa dengan klinisian anda.
215

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido