PROVOX LaryTube Manual De Instrucciones página 213

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 51
Sebelum pemasukan, bilaskan peranti dengan air minuman untuk membuang
sebarang sisi bahan penyahjangkit (Rajah 2). Pastikan anda hanya memasukkan
peranti yang bersih. Dalam suasana hospital, lebih baik menggunakan air steril
daripada air minuman.
Jika perlu, bubuh pelincir pada Tiub dengan sedikit pelincir larut air.
Pelincir larut air berikut disyorkan untuk digunakan dengan Provox LaryTube:
®
• KY Jelly
®
• SurgiLube
®
• Xylocaine
/(lidocaine)
AWAS: Hanya gunakan pelincir larut air. Pelincir berasaskan minyak (cth.,
Vaseline) boleh melemahkan, merosakkan atau memusnahkan produk dan
tidak boleh digunakan pada bila-bila masa.
Pastikan anda tidak membubuh pelincir pada Pemegang HME, Kaset HME
atau apa-apa aksesori yang akan dipegang oleh Provox LaryTube. Ini boleh
menyebabkan penanggalan yang tidak disengajakan.
2.2 Arahan pengendalian
Pemasukan (Rajah 3):
Provox LaryTube Standard dan Berfenestrat:
Masukkan Provox LaryTube perlahan-lahan terus ke dalam trakeostoma.
Pasangkan tiub ini dengan sama ada Provox LaryClip atau Provox TubeHolder
(Rajah 4b-c).
Provox LaryTube dengan Cincin:
Pasangkan Provox Adhesive dan kemudian masukkan Provox LaryTube
perlahan-lahan melalui pelekat tersebut ke dalam trakeostoma (Rajah 4a).
Pastikan yang pelekat tersebut diletakkan dengan betul di tengah-tengah
supaya LaryTube tidak menekan bahagian tepi stoma.
Masukkan komponen Provox HME System ke dalam Pemegang HME.
NOTA: Sesetengah pesakit mungkin mengalami lebih banyak batuk selepas
memasukkan LaryTube buat kali pertama atau apabila mengatup HME untuk
bercakap. Ini biasanya berkurangan apabila pengguna sudah biasa dengan
peranti tersebut. Jika ketidakselesaan berterusan, LaryTube perlu dikeluarkan.
Mengeluarkan peranti
1.
Pegang Provox LaryTube dengan kemas dan keluarkan komponen Provox
HME System daripada tiub (Rajah 5).
2.
Keluarkan Provox LaryTube daripada stoma.
NOTA: Pemasukan dan/atau mengeluarkan LaryTube kadang-kadang boleh
menyebabkan sedikit pendarahan, kerengsaan atau batuk. Maklumkan klinisian
anda jika tanda-tanda ini berterusan.
213

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido