PROVOX LaryTube Manual De Instrucciones página 216

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 51
Pengecilan stoma yang pantas
Jika anda memakai Provox LaryTube kerana trakeostoma yang mengecil dengan
pantas, bincang dengan klinisian anda tentang kemungkinan untuk mempunyai
dua peranti (saiz yang sama). Ini akan membolehkan anda mengeluarkan Provox
LaryTube dari stoma anda dan menggantikannya dengan yang bersih dengan
segera. Membersihkan peranti yang dikeluarkan boleh dilakukan setelah anda
memasukkan LaryTube yang bersih.
Stoma membesar semasa digunakan
Jika trakeostoma anda membesar selepas menggunakan LaryTube, tanya klinisian
anda jika anda boleh menggunakan dua peranti (satu dengan diameter yang
lebih kecil dan satu dengan diameter yang lebih besar). Ini membolehkan anda
menggunakan saiz LaryTube yang lebih besar apabila trakeostoma membesar
dan saiz LaryTube yang lebih kecil untuk membolehkan trakeostoma mengecut.
Anda mungkin perlu menghentikan penggunaan Tiub tersebut pada waktu
malam, supaya trakeostoma dapat mengecut. Dalam hal ini, bincangkan pilihan
alternatif untuk memasang Kaset HME dengan doktor anda supaya anda dapat
meneruskan penggunaan Kaset HME pada waktu malam.
4. Maklumat tambahan
4.1 Keserasian dengan Pemeriksaan MRI
MR-Selamat: Peranti ini tidak mengandungi sebarang unsur logam dan tidak
mempunyai potensi bagi interaksi dengan medan MRI.
4.2 Maklumat aturan
Lihat bahagian akhir Arahan Penggunaan ini.
4.3 Maklumat bantuan pengguna
Untuk mendapatkan bantuan atau maklumat tambahan, sila lihat kulit belakang
Arahan Penggunaan ini untuk maklumat hubungan.
216

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido