Pengenalan; Pelanggan Yang Budiman; Apa Dan Di Mana Pada Gergaji Rantai - Husqvarna 120 Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para 120:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 308

Pelanggan yang budiman,

Tahniah kerana memilih untuk membeli produk
Husqvarna! Husqvarna berasaskan tradisi yang bermula
pada sekitar tahun 1689, apabil,a Raja Sweden Karl XI
mengarahkan pembinaan sebuah kilang di tebing Sungai
Husqvarna untuk mengeluarkan senapang lantak.
Lokasinya memang lojik memandangkan kuasa air
disalurkan dari Sungai Husqvarna untuk membina loji
berkuasa air. Sepanjang 300 tahun beroperasi, kilang
Husqvarna itu telah menghasilkan pelbagai jenis produk,
daripada dapur kayu hingga kepada peralatan dapur
moden, mesin jahit, basikal, motosikal dll. Pada tahun
1956, mesin rumput bermotor yang pertama muncul,
diikuti dengan gergaji rantai pada tahun 1959 dan di
kawasan inilah Husqvarna beroperasi hari ini.
Hari ini Husqvarna merupakan salah satu pengeluar
terkemuka dalam dunia produk peralatan hutan dan
taman dengan kualiti menjadi keutamaan paling tinggi
kepada kami. Konsep perniagaan kami ialah untuk
memajukan, membuat dan memasarkan prouduk
bermotor untuk industri perhutanan, perkebunan serta
pembinaan. Matlamat Husqvarna ialah untuk turut berada
di hadapan dari segi ergonomi, penggunaan,
keselamatan dan perlindungan alam sekitar. Itulah
sebabnya mengapa kami telah membangunkan banyak
ciri yang berlainan untuk memastikan produk kami berada
dalam kedudukan seperti itu.
Kami yakin bahawa anda akan menghargai mutu dan
prestasi produk kami dengan penuh kepuasan untuk
tempoh yang amat panjang. Pembelian salah satu
daripada produk kami membolehkan anda mendapat
bantuan profesional berhubung dengan pembaikan dan
servis apabila diperlukan. Sekiranya peniaga yang
menjual mesin anda bukan pengedar sah kami, minta
alamat bengkel servis yang berhampiran dengan anda.
Kami berharap anda akan berpuas hati dengan produk
anda dan ia akan menjadi teman untuk tempoh yang
panjang. Anggap buku panduan pengguna ini sebagai
dokumen berharga. Dengan mematuhi kandungannya
(penggunaan, servis, penyenggaraan dll) jangka hayat
dan nilai jualan semula mesin itu boleh ditingkatkan.
Sekiranya anda ingin menjual mesin ini, pastikan
pembelinya memperoleh sekali buku panduan
penggunanya.
Terima kasih kerana menggunakan produk Husqvarna.
Husqvarna AB mempunyai dasar perkembangan produk
secara berterusan dan dengan itu mengekalkan hak
untuk mengubah rekabentuk dan rupa produk-produk
tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

PENGENALAN

Apa dan di mana pada gergaji rantai? (1)

1
Penutup silinder
2
Pam bahan bakar.
3
Peringatan Mula
4
Suis mematikan enjin (Suis pencucuhan)
5
Maklumat dan simbol amaran
6
Tangki minyak
7
Skru pelaras, karburetor
8
Pemegang penghidup
9
Alat penghidup
10 Tangki minyak rantai
11 Plat nombor siri dan produk
12 Tanda arah tebangan
13 Pemegang hadapan
14 Tuil keselamatan
15 Peredam bunyi
16 Rantai
17 Gegancu hujung papan
18 Papan
19 Penahan pepaku
20 Perangkap rantai
21 Skru menegang rantai
22 Penutup klac
23 Pemegang belakang dengan pelindung tangan kanan
24 Pelaras pendikit
25 Pengunci pendikit
26 Panduan Pengguna
27 Pelindung papan
28 Spanar gabung
Malaysian
285

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

125

Tabla de contenido