Mengisi Bahan Bakar; Keselamatan Bahan Bakar; Pengangkutan Dan Penyimpanan; Penyimpanan Untuk Tempoh Panjang - Husqvarna 120 Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para 120:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 308
Hubungi wakil servis anda semasa memilih minyak
rantai.

Mengisi bahan bakar

AMARAN! Ikuti langkah berikut untuk
!
mengurangkan risiko kebakaran.
Jangan merokok dan meletakkan benda
panas berhampiran dengan bahan bakar.
Sentiasa matikan enjin dan biar ia sejuk
beberapa minit sebelum mengisi semula
bahan bakar.
Apabila mengisi bahan bakar, buka
penutup bahan bakar perlahan-lahan
agar tekanan dilepaskan beransur-ansur.
Ketatkan penutup selepas mengisi
bahan bakar.
Sentiasa alihkan mesin daripada tempat
mengisi bahan bakar sebelum
menghidupkannya semula.
Bersihkan di sekeliling penutup bahan bakar. Bersihkan
tangki minyak dan bahan bakar selalu. Penapis bahan
bakar patut ditukar setahun sekali. Kekotoran minyak
menyebabkan enjin rosak. Pastikan bahan bakar
dicampur dengan baik dengan mengoncang bekas
sebelum mengisinya. Isipadu minyak rantai dan bahan
bakar diselaraskan supaya enjin akan berhenti kehabisan
bahan bakar sebelum kehabisan pelincir. Oleh itu, isi
minyak rantai dan bahan bakar pada masa yang sama.
(37)
AMARAN! Bahan bakar dan wapnya amat
!
mudah terbakar. Berhati-hati semasa
mengendalikan bahan bakar dan minyak
pelincir rantai. Jauhkan dari api dan
jangan hidu wap bahan bakar.

Keselamatan bahan bakar

Jangan cuba mengisi bahan bakar mesin semasa
enjin hidup.
Pastikan pengedaran udara mencukupi semasa
mengisi dan mencampur bahan bakar (campuran 2-
lejang).
PENGENDALIAN BAHAN BAKAR
Pindahkan mesin sekurang-kurangnya 3 m dari
tempat mengisi bahan bakar sebelum anda
hidupkannya.
Jangan hidupkan mesin:
1
Jika anda tumpahkan bahan bakar atau minyak rantai
pada mesin. Lapkan dan biarkan bahan bakar yang
lebih mengewap.
2
Jika bahan bakar tertumpah pada diri anda atau
pakaian, salin pakaian anda. Cuci mana-mana
bahagian tubuh yang terkena bahan bakar. Gunakan
sabun dan air.
3
Jika terdapat kebocoran bahan bakar pada mesin:
kerap buat pemeriksaan ke atas penutup bahan bakar
dan saluran bahan bakar.
AMARAN! Jangan sekali-kali
!
menggunakan mesin yang mempunyai
kerosakan nyata pada adang palam
pencucuh dan kabel pencucuhan.
Terdapat risiko percikan berlaku yang
boleh menyebabkan kebakaran.

Pengangkutan dan penyimpanan

Sentiasa simpan gergaji rantai dan bahan bakar jauh
dari punca percikan api seperti mesin, motor elektrik,
suis, dandang dan sebagainya.
Sentiasa simpan bahan bakar dalam takungan yang
direka khas untuk tujuan ini.
Jika gergaji perlu disimpan lama atau dibawa ke
tempat lain, tangki bahan bakar dan pelincirnya perlu
dikosongkan. Pastikan di mana anda boleh
membuang baki atau sisa minyak di stesen minyak.
Pelindung pengangkutan mesti sentiasa dipasang
pada kelengkapan pemotongan semasa mesin
diangkut atau disimpan untuk mengelakkan tersentuh
secara tidak sengaja dengan rantai yang tajam.
Rantai yang tidak bergerak juga boleh mendatang
kecederaan serius kepada pengguna atau orang lain
yang terkena rantai.
Tanggalkan penutup palam pencucuh daripada
palam pencucuh. Aktifkan brek rantai.
Ikat mesin dengan kemas semasa pengangkutan.

Penyimpanan untuk tempoh panjang

Kosongkan tangki bahan bakar dan minyak di kawasan
yang mempunyai pengalihan udara yang baik. Simpan
bahan bakar dalam bekas yang dibenarkan dan di tempat
yang selamat. Pasang pelindung bilah. Bersihkan mesin.
Lihat arahan di bawah tajuk Jadual penyenggaraan.
Pastikan mesin dibersihkan dan servis lengkap dilakukan
sebelum disimpan untuk tempoh yang lama.
Malaysian
295

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

125

Tabla de contenido