Sentiasa Gunakan Akal Budi; Kelengkapan Pelindung Peribadi; Kelengkapan Keselamatan Mesin; Brek Rantai Dan Tuil Keselamatan - Husqvarna 120 Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para 120:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 308
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM

Sentiasa gunakan akal budi (2)

Sukar untuk memikirkan setiap situasi yang mungkin
anda hadapi apabila menggunakan gergaji rantai.
Sentiasa berhati-hati dan gunakan akal budi anda.
Elakkan semua situasi yang anda anggap di luar
kemampuan anda. Jika anda ragu-ragu terhadap
prosedur pengendalian selepas membaca arahan ini,
anda mesti bertanya kepada pakar sebelum
meneruskannya. Jangan teragak-agak untuk
menghubungi pengedar atau kami jika anda mempunyai
pertanyaan mengenai penggunaan gergaji rantai. Kami
bersedia untuk memberi perkhidmatan dan nasihat serta
membantu anda menggunakan gergaji rantai anda
dengan cekap dan selamat. Hadiri kursus menggunakan
gergaji rantai jika boleh. Pengedar anda, pusat latihan
perhutanan atau perpustakaan boleh memberi maklumat
mengenai bahan latihan dan kursus yang ada. Usaha
sentiasa dilakukan untuk memperbaiki rekaan dan
teknologi yang akan meningkatkan keselamatan dan
kecekapan anda. Kerap berjumpa dengan pengedar
anda untuk mengetahui sama ada anda boleh mendapat
faedah daripada ciri-ciri baru yang telah diperkenalkan.

Kelengkapan pelindung peribadi

AMARAN! Kebanyakan kemalangan
!
melibatkan gergaji rantai berlaku apabila
rantai terkena penggunanya. Anda mesti
memakai kelengkapan pelindung
peribadi yang diluluskan
apabilamenggunakan mesin.
Kelengkapan pelindung peribadi tidak
boleh mencegah kecederaan tetapi boleh
mengurangkan kadar kecederaan.
Dapatkan nasihat daripada pengedar
anda untuk pemilihan kelengkapan yang
sesuai.
Topi keledar yang diluluskan
Pelindung telinga
Pelindung mata atau visor
Sarung tangan pelindungan gergaji
Seluar dengan pelindungan gergaji
Kasut pelindungan gergaji, muncung berkeluli dan
bertapak tahan gelincir
Sentiasa mempunyai peti pertolongan cemas
berdekatan tempat anda bekerja.
Pemadam api dan penyodok
Umumnya pakaian mesti kemas dan selesa tanpa
menghalang pergerakan anda.
PENTING! Percikan boleh datang dari peredam bunyi,
bilah dan rantai atau sumber lain. Sentiasa simpan alat
pemadam api berhampiran kalau anda
memerlukannya. Ini bermakna anda boleh membantu
mencegah kebakaran hutan.

Kelengkapan keselamatan mesin

Ciri-ciri keselamatan mesin dan fungsinya diterangkan
dalam bahagian ini. Berhubung dengan pemeriksaan dan
penyenggaraan, lihat arahan di bawah tajuk Memeriksa,
menyenggara dan menservis kelengkapan keselamatan
gergaji rantai. Lihat arahan di bawah tajuk Apa dan di
mana? untuk mencari di mana komponen ini di mesin
anda.
Jangka hayat mesin boleh berkurangan jika
penyelenggaraan mesin tidak dilakukan dengan betul,
dan servis dan/atau pembaikan tidak dilakukan secara
professional. Jika anda perlukan maklumat lanjut, sila
hubungi bengkal servis terdekat anda.
AMARAN! Jangan sekali-kali
!
menggunakan mesin yang mempunyai
komponen keselamatan yang rosak.
Kelengkapan keselamatan mesti
diperiksa dan disenggara. Lihat arahan
di bawah tajuk Memeriksa, menyenggara
dan menservis kelengkapan keselamatan
gergaji rantai. Jika mesin anda tidak
lulus semua pemeriksaan, bawa ke
bengkel servis untuk dibaiki.

Brek rantai dan tuil keselamatan

Gergaji rantai anda dilengkapi dengan brek rantai yang
direka untuk menghentikan rantai jika lantunan berlaku.
Brek rantai mengurangkan risiko kemalangan tetapi
hanya anda sahaja yang boleh mencegah. (3)
Berhati-hati semasa menggunakan gergaji anda dan
pastikan zon lantunan di papan tidak menyentuh apa-apa
objek. (4)
Brek rantai (A) boleh diaktifkan sama ada secara
manual (dengan tangan kiri anda) atau mekanisme
pelepas inertia. (5)
Brek rantai diaktifkan apabila tuil keselamatan (B)
ditolak ke hadapan. (6)
Pergerakan ini mengaktifkan mekanisma spring yang
dipasang untuk mengetatkan gelang brek (C) di
bahagian sistem pacuan enjin (D) (gelendong klac).
(7)
Tuil keselamatan bukan direka semata-mata untuk
mengaktifkan brek rantai. Satu lagi ciri penting ialah ia
mengurangkan risiko rantai mencederakan tangan kiri
anda jika terlepas genggaman pada pemegang
hadapan.
Brek rantai mesti diaktifkan apabila gergaji rantai
dihidupkan untuk mencegah rantai daripada berputar.
(40)
Gunakan brek rantai sebagai "Brek Letak" bila
menghidupkan dan bila bergerak dalam jarak dekat,
untuk mencegah kemalangan sekiranya terdapat
risiko rantai secara tidak sengaja terkena seseorang
atau sesuatu yang berhampiran. Jangan biarkan
gergaji rantai dihidupkan dengan brek rantai
Malaysian
287

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

125

Tabla de contenido