Suis Mematikan Enjin; Kelengkapan Memotong - Husqvarna 120 Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para 120:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 308
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM
menggunakan rantai yang rosak atau tumpul (salah jenis
atau tidak diasah dengan betul) boleh meningkatkan
kadar getaran.
AMARAN! Pendedahan yang
!
berpanjangan kepada getaran boleh
menyebabkan kerosakan pengaliran
darah atau saraf kepada orang yang
mengalami masalah peredaran. Hubungi
doktor jika anda mengalami tanda-tanda
awal pendedahan berpanjangan kepada
getaran. Tanda-tandanya termasuk
kebas, kehilangan rasa, berdenyut-
denyut, mencucuk, sakit, kehilangan
kekuatan dan perubahan warna atau
keadaan kulit. Tanda-tanda ini selalu
terdapat di jari-jari, tangan atau
pergelangan tangan. Tanda-tanda ini
akan bertambah teruk dalam suhu sejuk.

Suis mematikan enjin

Gunakan suis untuk mematikan enjin. (13)
Peredam bunyi
Peredam bunyi direka untuk mengurangkan kebisingan
ke tahap paling minimum dan mengalihkan arah asap
keluar menjauhi pengendali.
AMARAN! Asap ekzos dari enjin adalah
!
panas dan mungkin mengandungi
percikan bunga api yang boleh mencetus
kebakaran. Jangan hidupkan mesin
dalam bangunan atau berdekatan
dengan bahan-bahan mudah terbakar!
Di negara yang beriklim panas dan kering, risiko hutan
terbakar adalah tinggi. Mungkin undang-undang dan
tuntutan di negara-negara ini mewajibkan antara lain
peredam bunyi dilengkapi dengan jaring perangkap
percikan bunga api. (14)
Apabila memasang jejaring, pastikan jejaring dimasukkan
dalam kedudukan yang betul. Jika perlu, gunakan sepana
gabungan untuk menyisip atau membuang jejaring.
AWAS! Peredam bunyi menjadi amat panas sewaktu
digunakan dan selepas berhenti. Ia termasuk juga
ketika enjin idel. Beri perhatian kepada bahaya
kebakaran, terutama bila bekerja berhampiran dengan
bahan dan/atau gas mudah bakar
AMARAN! Jangan sekali-kali
!
menggunakan gergaji rantai jika
peredam bunyi telah hilang atau rosak.
Peredam bunyi yang rosak boleh
meningkatkan dengan banyak tahap
bunyi dan risiko kebakaran. Simpan
kelengkapan memadamkan api
berhampiran. Bila jaring perangkap
rantai diwajibkan di tempat kerja anda,
jangan menggunakan gergaji rantai jika
jaring perangkap percikan api tiada atau
rosak.

Kelengkapan memotong

Bahagian ini menerangkan cara memilih dan menjaga
kelengkapan memotong untuk:
Mengurangkan risiko lantunan.
Mengurangkan risiko rantai putus atau terkeluar.
Mendapatkan prestasi memotong maksimum.
Memanjangkan hayat kelengkapan memotong.
Mengelakkan peningkatan tahap getaran.
Peraturan-peraturan am
Hanya gunakan kelengkapan memotong yang
disyorkan oleh kami! Lihat arahan di bawah tajuk
data Teknikal.
Pastikan mata pemotong rantai diasah dengan
betul! Ikut arahan yang diberikan dan gunakan
tolok kikir yang kami syorkan. Rantai yang rosak
atau tidak diasah dengan betul boleh meningkatkan
risiko berlakunya kemalangan.
Kekalkan ketinggian raker yang betul! Ikut arahan
kami dan gunakan tolok raker yang disyorkan.
Ketinggian yang berlebihan akan meningkatkan risiko
berlaku lantunan.
Pastikan rantai ditegangkan dengan betul! Jika
rantai kendur, kemungkinan besar ia akan terkeluar
dan menambah kehausan papan, rantai dan
gegancu.
Tentukan kelengkapan memotong dilincir dengan
sempurna dan disenggarakan dengan betul!
Rantai yang tidak sempurna dilincir akan mudah
putus dan menyebabkan kehausan pada papan,
rantai dan gegancu.
Malaysian
289

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

125

Tabla de contenido