Bagaimana Hendak Mengelakkan Lantunan; Apakah Lantunan - Husqvarna 120 Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para 120:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 308
Buat satu atau lebih potongan pada atau dekat bahagian
patah. Buat seberapa banyak potongan dengan
kedalaman yang cukup untuk mengurangkan ketegangan
serta membolehkan pokok atau dahan patah di bahagian
patah. (75)
Jangan potong terus dahan atau batang dalam
keadaan tegang!
Bila anda terpaksa memotong pokok/dahan, buat dua
atau tiga potong dalam jarak 3 cm dan kedalaman 3-5 cm.
(76)
Terus memotong sehingga ketegangan dan lendutan
pokok/dahan dilepaskan. (77)
Potong pokok/dahan dari sisi bertentangan, sebaik
ketegangan dilepaskan.
Bagaimana hendak mengelakkan
lantunan
AMARAN! Lantunan boleh berlaku
!
secara tiba-tiba dan kuat. Lantunan
gergaji rantai biasanya melibatkan
keseluruhan gergaji melantun ke arah
pengguna. Jika ianya berlaku semasa
rantai bergerak, kecederaan biasanya
teruk, kadang-kala maut. Adalah penting
anda faham bagaimana lantunan berlaku
dan cara-cara mengelakkan ia berlaku
dengan menggunakan teknik yang betul.

Apakah lantunan?

Lantunan ialah reaksi mengejut yang menyebabkan
gergaji rantai dan papan melompat dari objek apabila
hujung sudut papan yang dinamakan zon lantunan,
tersentuh dengan objek. (50)
Lantunan biasa berlaku mengikut arah permukaan
potongan. Lazimnya gergaji rantai dan papan melantun
ke belakang dan ke atas menuju pengguna. Walau
bagaimapun gergaji rantai mungkin menuju ke arah lain
tertakluk kepada penggunaan semasa zon lantunan
menyentuh objek. (8)
Lantunan hanya berlaku apabila zon lantunan papan
menyentuh sesuatu objek. (4)
Memotong dahan dan ranting
AMARAN! Kebanyakan kemalangan
!
lantunan berlaku semasa membuang
dahan. Jangan menggunakan zon
lantunan bilah. Berhati-hati dan elakkan
hujung bilah daripada terkena balak,
dahan atau objek-objek lain. Berhati-hati
dengan dahan yang tegang. Dahan boleh
melenting balik ke arah anda dan
menyebabkan anda hilang kawalan yang
boleh mengakibatkan kecederaan.
TEKNIK BEKERJA
Pastikan tiada rintangan pada laluan anda. Bekerja di
sebelah kiri batang pokok. Kerja dekat dengan gergaji
untuk mendapatkan kawalan maksimum. Seberapa yang
boleh letakkan berat gergaji ke batang pokok.
Tentukan pokok terletak di antara anda dengan gergaji
semasa bergerak sepanjang batang pokok.
Memotong batang pokok menjadi balak
Lihat arahan di bawah tajuk Teknik asas pemotongan.
Malaysian
301

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

125

Tabla de contenido