Peredam Bunyi; Alat Penghidup - Husqvarna 120 Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para 120:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 308
Periksa sama ada tuil pendikit dan pengunci pendikit
berfungsi dengan sempurna dan spring kembali
dengan baik. (83)
Hidupkan enjin dan laraskan kepada pecutan penuh.
Lepaskan kembali dan lihat sama ada rantai berhenti.
Jika rantai masih bergerak, periksa sama ada larasan
pada karburetor tepat atau sebaliknya.
Perangkap rantai
Tentukan perangkap rantai tidak rosak dan dipasang kuat
pada badan gergaji rantai. (84)
Pelindung tangan kanan
Pastikan pelindung tangan kanan tidak rosak atau retak.
(12)
Sistem penyerap getaran
Kerap periksa alat penyerap getaran untuk menentukan
ianya tidak retak atau rosak. Pastikan unit-unit penyerap
getaran dipasang dengan kuat pada unit enjin dan
pemegang. (85)
Suis mematikan enjin
Hidupkan enjin dan pastikan enjin mati apabila anda
menolaknya ke posisi stop. (13)

Peredam bunyi

Jangan gunakan mesin jika peredam bunyinya rosak.
Sentiasa pastikan peredam bunyi dipasang dengan kuat
pada mesin. (86)
Sesetengah peredam bunyi dilengkapkan dengan jaring
perangkap percikan bunga api khas. Jika mesin anda
mempunyai peredam bunyi jenis ini, jaring tersebut perlu
dibersihkan sekali seminggu. Paling baik lakukan dengan
menggunakan berus dawai. Jaring yang tersumbat akan
menyebabkan enjin terlampau panas dan mengakibatkan
kerosakan serius.
PERHATIAN! Jaring mesti diganti jika rosak. Mesin akan
menjadi panas jika jaring tersumbat dan ini akan
menyebabkan silinder dan omboh rosak. Jangan
gunakan mesin yang mempunyai peredam bunyi yang
tersumbat atau rosak. Jangan gunakan peredam bunyi
jika jaring perangkap percikan api hilang atau rosak.
(14)
Peredam bunyi direkabentuk untuk mengurangkan tahap
bising atau bunyi dan menghalakan arah ekzos jauh
daripada pengguna. Gas eksos adalah panas dan
mempunyai percikan api yang boleh mencetus
kebakaran jika diarahkan ke bahan kering dan mudah
terbakar.
PENYENGGARAAN

Alat penghidup

Menggantikan kord pemula
Menegangkan spring menganjal
Menggantikan spring kembali dan
pemandu.
Spring patah balik (A) (91)
AMARAN! Semasa spring menganjal
!
dipasang dalam perumah penghidup, ia
dalam keadaan tegang dan jika tidak
berhati-hati ia boleh melompat dan
menyebabkan kecederaan.
Mesti berhati-hati semasa menggantikan
spring patah balik atau tali penghidup.
Pakai cermin mata pelindung dan sarung
tangan.
Longgarkan skru yang mengikat alat penghidup di
enjin dan keluarkan alat penghidup. (87)
Tarik tali penghidup lebih kurang 30 cm dan
sangkutkan pada takuk di takal. Lepaskan spring
menganjal dengan membiarkan takal pusing ke
belakang perlahan. (88)
Buka bolt di tengah kapi dan tanggalkan cakera
pemandu (A), spring cakera pemandu (B) dan kapi
(C). Selitkan dan ikat kord pemula di dalam kapi
pemula. Lilit lebih kurang 3 pusingan kord pemula
pada kapi pemula. Pasang kapi pemula supaya
hujung spring anjal (D) tersangkut pada kapi pemula.
Sekarang pasang spring cakera pemandu, cakera
pemandu dan bolt di tengah kapi. Bawa kord pemula
melalui lubang pada perumah pemula dan pemegang
pemula. Ikat simpulan yang baik pada kord pemula.
(89)
Angkat tali penghidup di takuk iaitu di takal dan
putarkannya 2 kali arah pusingan jam.
PERHATIAN! Pastikan tali boleh ditarik sebanyak 1/2
pusingan lagi walaupun tali penghidup sudah ditarik
habis. Regangkan tali dengan pemegang. Alihkan ibu
jari anda dan lepaskan tali. (90)
Angkat takal penghidup. Lihat arahan di bawah tajuk
Menukar tali penghidup yang putus atau haus. Ingat,
spring putar balik diputar dengan tekanan dalam
perumah penghidup.
Tanggalkan kaset dengan spring anjal dari
penghidup.
Lincirkan spring anjal dengan minyak cair. Pasang
kaset dengan spring anjal ke dalam penghidup.
Pasang kapi penghidup dan tegangkan spring anjal.
Malaysian
303

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

125

Tabla de contenido