Langkah-Langkah Keselamatan Am; Sebelum Menggunakan Gergaji Rantai Baru; Penting - Husqvarna 120 Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para 120:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 308

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN AM

Sebelum menggunakan gergaji
rantai baru
Baca semua arahan dengan teliti
(1) - (94) rujuk pada rajah di ms. 2-6.
Pastikan kelengkapan memotong telah dipasang
dengan betul dan dilaras. Lihat arahan di bawah
tajuk Pemasangan.
Isi bahan bakar dan hidupkan gergaji rantai. Lihat
arahan di bawah tajuk Pengendalian bahan bakar,
Menghidupkan dan mematikan enjin.
Jangan gunakan gergaji rantai jika rantainya masih
belum dilincirkan dengan sempurna. Lihat arahan di
bawah tajuk Kelengkapan memotong.
Terdedah kepada bunyi bising untuk tempoh yang
lama boleh menyebabkan kecacatan pendengaran
kekal. Oleh itu, sentiasa gunakan pelindungan
pendengaran yang diluluskan.
AMARAN! Anda ditegah membuat
!
sebarang ubahsuai kepada mesin tanpa
kebenaran pembuat. Sentiasa gunakan
aksesori tulen. Pengubahsuaian tanpa
kebenaran dan/atau aksesori boleh
mengakibatkan kecederaan atau maut.
AMARAN! Gergaji rantai adalah alat yang
!
berbahaya jika cuai atau disalahgunakan
dan ia akan mengakibatkan kecederaan
serius atau maut. Adalah penting anda
membaca dan memahami kandungan
arahan pengguna ini.
AMARAN! Bahagian dalam peredam
!
bunyi mengandungi kimia yang mungkin
menyebabkan kanser. Sekiranya
peredam bunyi rosak, elakkan tersentuh
ketiga-tiga elemen ini.
AMARAN! Penyedutan asap ekzos enjin,
!
wap minyak rantai dan habuk kayu untuk
tempoh yang panjang boleh
mendatangkan risiko kesihatan.
AMARAN! Mesin ini menghasilkan
!
medan elektromagnet semasa operasi.
Dalam keadaan tertentu, medan ini
mungkin mengganggu bahan implan
perubatan yang aktif atau pasif. Untuk
mengurangkan risiko kecederaan yang
serius atau membawa maut, kami
menyarankan agar individu yang
menggunakan bahan implan perubatan
berbincang dengan pakar perubatan
mereka dan pengeluar bahan implan
perubatan itu sebelum mengendalikan
mesin ini.
286 – Malaysian

Penting

PENTING!
Gergaji rantai untuk perkhidmatan hutan ini telah direka
bentuk untuk kerja-kerja seperti penebangan,
pembuangan dahan/ranting dan pemotongan.
Peraturan negara boleh mengehadkan penggunaan
mesin.
Anda mesti menggunakan hanya kombinasi bilah/
rantai gergaji yang kami syor dalam bab data Teknikal.
Jangan sekali-kali menggunakan mesin jika anda letih,
mabuk atau setelah mengambil ubat yang boleh
menjejaskan penglihatan, telahan dan koordinasi
pergerakan anda.
Guna kelengkapan pelindung peribadi. Lihat arahan di
bawah tajuk Kelengkapan pelindung peribadi.
Jangan sekali-kali mengubah suai mesin ini sehingga ia
tidak lagi mengikut rekaan asal, dan jangan
menggunakannya apabila ia kelihatan seperti telah
diubah suai oleh orang lain.
Jangan gunakan mesin yang rosak. Buat pemeriksaan,
penyenggaraan dan arahan servis yang diterangkan
dalam arahan pengguna ini. Sesetengah
penyenggaraan mesti dikendalikan oleh pakar yang
terlatih dan berkelayakan. Lihat arahan di bawah tajuk
Penyenggaraan.
Jangan gunakan sebarang aksesori kecuali yang telah
disyorkan dalam arahan pengguna ini. Lihat arahan di
bawah tajuk Kelengkapan memotong dan Data teknikal.
AWAS! Sentiasa memakai cermin pelindung mata atau
visor muka untuk mengurangkan risiko kecederaan
akibat objek melantun. Gergaji rantai berupaya
melantunkan objek seperti serpihan kayu, kayu-kayu
kecil dll. dengan kuat. Ini boleh menyebabkan
kecederaan serius, khusus kepada mata.
AMARAN! Menjalankan enjin dalam
!
kawasan tertutup atau tiada pengalihan
udara yang baik boleh menyebabkan
kematian akibat kesesakan nafas atau
keracunan karbon monoksida.
AMARAN! Kelengkapan memotong yang
!
rosak atau kombinasi bilah dan rantai
gergaji yang salah meningkatkan risiko
lantunan! Gunakan hanya kombinasi
bilah dan rantai gergaji yang kami syor,
dan ikut arahan mengikir. Lihat arahan di
bawah tajuk data Teknikal.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

125

Tabla de contenido