Pengendalian Bahan Bakar; Bahan Bakar - Husqvarna 120 Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para 120:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • ES

Idiomas disponibles

  • ESPAÑOL, página 308

Bahan bakar

PERHATIAN! Mesin ini dilengkapi dengan enjin dua
lejang dan mesti sentiasa dijalankan menggunakan
campuran bahan bakar dan minyak dua lejang. Adalah
penting untuk mengukur dengan tepat jumlah minyak
yang hendak dicampur bagi memastikan campuran yang
betul diperoleh. Apabila jumlah yang dicampur sedikit,
ketidaktepatan yang sedikit sekalipun boleh menjejaskan
teruk nisbah campuran.
AMARAN! Pastikan anda mempunyai
!
pengudaraan yang baik apabila
mengendalikan bahan bakar.
Petrol
Gunakan petrol tanpa plumbum atau berplumbum
yang bermutu.
Gred oktana paling rendah disyorkan ialah 90 (RON).
Jika anda mengendalikan enjin menggunakan gred
oktana yang lebih rendah daripada 90, kemungkinan
berlaku ketukan. Ini akan meningkatkan suhu enjin
dan menambahkan beban kepada bearing, yang
boleh mengakibatkan kerosakan enjin yang serius.
Gunakan oktana tinggi jika enjin digunakan lama
dengan kelajuan tinggi (mencantas).
Minyak alkilat Husqvarna
Husqvarna mengesyorkan penggunaan Minyak alkilat
Husqvarna untuk prestasi terbaik.
Minyak ini mengandungi bahan yang kurang berbahaya
berbanding dengan minyak biasa, yang bermaksud asap
ekzos yang berbahaya adalah berkurangan. Minyak ini
memberikan jumlah sisa yang rendah apabila dibakar
yang menjadikan bahagian enjin lebih bersih dan
mengoptimumkan hayat enjin.
Minyak alkilat Husqvarna tidak tersedia di semua
pasaran.
Bahan api etanol
HUSQVARNA mengesyorkan penggunaan bahan api
yang boleh didapati secara komersial dengan kandungan
etanol maksimum sebanyak 10%.
Larian permulaan
Elakkan larian pada kelajuan tinggi untuk tempoh
berpanjangan semasa 10 jam yang pertama.
Minyak 2-lejang
Gunakan minyak dua lejang HUSQVARNA yang
diperbuat khas untuk enjin 2 lejang dingin udara untuk
memperoleh hasil dan prestasi terbaik. Campuran
1:40 (2,5%).
Jika tiada minyak 2 lejang HUSQVARNA, anda boleh
gunakan minyak 2-lejang lain yang bermutu untuk
kegunaan enjin disejukkan oleh udara. Hubungi
pengedar anda bila memilih minyak.
If using another two-stroke oil, mixture 1:25.
294 – Malaysian

PENGENDALIAN BAHAN BAKAR

Jangan sekali-kali menggunakan minyak 2-lejang
khusus untuk enjin sangkut dengan sistem dingin air,
kadangkala dipanggil minyak enjin sangkut
(dinamakan TCW).
Jangan gunakan minyak khusus untuk enjin 4-lejang.
Minyak bermutu rendah atau campuran minyak/
bahan bakar terlalu banyak boleh menjejaskan fungsi
penukar katalitik dan memendekkan hayat servis.
Nisbah campuran
Petrol, liter
5
10
15
20
Mencampur
Sentiasa campurkan minyak dengan petrol dalam
tangkungan bersih yang dikhaskan.
Sentiasa mula dengan mengisi setengah petrol yang
hendak digunakan. Kemudian campur kesemua
minyak. Goncangkan campuran bahan bakar.
Tambah kesemua baki petrol.
Campur (goncang) campuran bahan bakar dengan
rata sebelum menuang ke dalam tangki bahan bakar
mesin.
Jangan campur bahan bakar lebih dari keperluan
untuk sebulan.
Jika mesin lama tidak digunakan, kosongkan dan
bersihkan tangki bahan bakar.
Minyak rantai
Sebagai pembuat gergaji rantai, kami telah
menghasilkan minyak pelincir optima berasaskan
minyak sayuran dan boleh hancur-larut. Kami syorkan
penggunaan minyak pelincir keluaran kami untuk
menentukan hayat maksimum rantai dan
pencemaran minimum alam sekitar. Jika minyak
rantai keluaran kami tidak dapat diperolehi, gunakan
minyak pelincir rantai biasa.
Sebagai pelinciran kami mengesyorkan penggunaan
minyak khas (minyak rantai) dengan ciri perekatan
yang baik.
Jangan gunakan sisa-sisa minyak! Ini berbahaya
kepada anda, mesin dan alam sekitar.
Adalah penting anda menggunakan gred minyak
yang betul (kelikatan yang sesuai) mengikut suhu
udara.
Pada suhu di bawah 0 C (32 F) sesetengah minyak
akan bertambah pekat. Ini boleh membebankan pam
minyak dan seterusnya merosakkan komponen pam
minyak.
Minyak 2-lejang, liter
2,5% (1:40)
0,125
0,25
0,375
0,50

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

125

Tabla de contenido